Kemiskinan Bandar vs Kemerosotan Sistem Nilai 1


Apakah yang didefinasikan dengan kemiskinan bandar?Mengapakah kemiskinan bandar lebih memberikan impak berbanding kemiskinan di luar bandar?Tanpa mengira samaada kemiskinan tersebut boleh dirujuk sebagai kemiskinan mutlak atau kemiskinan relatif,kedua-duanya masih mempunyai implikasi yang ada kewajaran untuk dikaji dan diperhalusi dengan lebih serius.PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan) yang digunapakai pula hanya bersandarkan dimensi sehala yang memberat kepada pendapatan atau perbelanjaan semata-mata tanpa mengambilkira kepelbagaian dimensi yang menjurus kearah hak asasi kemanusiaan dan kualiti hidup manusia umpamanya.Kemiskinan bandar juga menjurus kepada apa yang disebut sebagai 'marginaliti sosial' iaitu satu keadaan  ketidakmampuan individu atau isi rumah menanggung atau membiayai kehidupan untuk terus hidup mencapai kesempurnaan dari aspek fizikal mahupun kesihatan mental dan spiritual. Pertumbuhan ekonomi dan industrialisasi yang pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di bandar telah menjadikan ia sebagai satu faktor tarikan penduduk luar bandar untuk berhijrah ke bandar merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan.Itu belum lagi mengambilkira masalah yang disebut sebagai 'over urbanisation' atau 'pseudo urbanisation' yang timbul akibat proses perbandaran seperti masalah pekerjaan,bunuh diri,masalah perumahan,setinggan,kepadatan penduduk,'slum' dan 'getheos',kekurangan infrastruktur dan sebagainya.




Bagaimanakah implikasi daripada kemiskinan bandar dapat menyumbang ke arah kemerosotan sistem nilai di dalam masyarakat?Keterpaksaan hidup dalam suasana persaingan  segenap aspek menjadikan hubungan di dalam komuniti masyarakat semakin jauh lantaran kesibukan bekerja siang dan malam demi meneruskan kelangsungan hidup yang penuh pancaroba ini.Perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak pula terpaksa diabaikan dan risikonya membawa kepada masalah kebejatan sosial seperti ponteng sekolah,ketagihan kepada rokok,arak dan dadah,melepak dan sebagainya.Tekanan untuk memiliki material melebihi keperluan asas telah mendorong kebanyakan penghuni bandar tidak hanya bergantung kepada satu-satu jenis pekerjaan sahaja tetapi turut mempelbagaikan sumber pendapatan melalui pekerjaan sampingan dalam mendapatkan 'wang lebih'. (Bersambung di lain penulisan)

Comments

Popular Posts