Rahsia pancake mudah



Tepung segera pancake dan susu kotak

Esok cuti…Haruslah aku lakukan sesuatu supaya tidak berasa bosan.Untuk itu,aku telah memikirkan satu resepi yang paling ‘simple’ dan sedap dimakan.Maka,dengan penuh berkeyakinannya,aku bercadang untuk memasak ‘pancake’ yang disebut dalam bahasa Melayunya sebagai lempeng.Hihihi,beli tepung segera tak kisahlah jenama apa-apapun,asalkan... ‘One step pancake mix’ dan ‘just add milk or water’ Inilah hasilnya…dimakan bersama butter dan madu :)




Tuang sahaja susu kotak sedikit demi sedikit mengikut sukatan seperti tertulis pada resepi ke dalam tepung segera pancake perisa 'original' ini sesuka hati .Tak payah nak masukkan telur,serbuk penaik,gula dan garam.Senangkan?Hihihi...Kacau dan kacau sampai tidak berketul.Apabila bancuhan telah berjaya dihasilkan seperti krim cair,sendukkan ke dalam 'frying pan' yang telah digris dengan butter supaya pancake tidak melekat dan senang dibalik-balikkan.Pastikan api perlahan supaya tidak hangus.


Pancake sedap dimakan panas-panas



Comments

Popular Posts