Dunia Kerjaya Dan Pekerjaan


Saya tertarik dengan pendapat Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang menyebut tentang Dunia Kerjaya Dan Pekerjaan. Elakkan menjawab "Tak boleh buat" ,"Tak tahu" ,"Tak jumpa"...bila diminta berbuat sesuatu tugasan (yang halal pastinya) oleh boss kalian. Berusaha mencari solusi walau perlu belajar sendiri sehingga boleh buat, boleh siap, boleh jumpa dan boleh tahu. Itu yang dikehendaki untuk menjadi profesional dan skillful worker. 

Allahuakbar...saya menyokong penuh dengan pendapat tersebut. Bagi saya, manusia yang sentiasa "beralasan" ,"bertapi" ,"berkalau" dan 1001 macam sebab-musabab jawapan yang diberikan hanyalah manusia yang berminda kecil, malas dan berfikiran negatif. Manusia yang sentiasa mengelak dari sesuatu kesukaran dan kepayahan untuk mencari jalan penyelesaian adalah manusia yang gagal sepenuhnya. Kenapakah kita tidak mahu menjadi manusia yang berminda besar, rajin dan berfikiran positif serta sentiasa berdaya-saing dalam mencari sesuatu jawapan dan jalan penyelesaian walaupun terpaksa menempuh pelbagai kesukaran dan kepayahan? Inilah contoh manusia yang akan mencapai kejayaan dan seterusnya kemanisan di dalam hidupnya. 


Comments

Popular Posts