Kau Yang Teristimewa





Sungguh Allah menciptakan manusia dengan kesempurnaannya yang tersendiri. Tidak ada dua manusia di dunia ini yang serupa hatta walau sezarah pun. Bukankah setiap daripada ciptaan-Nya adalah unik dan sungguh mempersonakan dari pandangan pancaindera seorang manusia. Istimewanya, pasangan kita adalah keserasian yang tercipta untuk saling lengkap-melengkapi diantara satu sama lain. Bersyukurlah walau dengan siapapun Takdir pasangan kita, kerana kita telah memilihnya dan pasangan kita pula sudi menerima kita dengan apa adanya. Dalam kehidupan yang serba mencabar ini, kita diasak dengan kepelbagaian cabaran dan dugaan. Adakalanya, tidak terjangkau dek akal dan fikiran. Begitulah hebatnya realiti cabaran dan dugaan alaf ini. Bagaimana kita mendepani segalanya ini dengan rasa sabar dan kecekalan yang tinggi di hati? Ya, kembalilah kepada Tuhan kerana hidup yang tidak bertuhan akan menjadikan kita kehilangan punca, arah dan tujuan. Kehilangan segala-galanya. Dunia yang indah terasa kelam dan malap. Ini bukanlah bermakna hanya ketika sukar dan derita kita kembali kepada Tuhan tetapi, letaklah Tuhan sebagai 'Yang Pertama' di hati. In Shaa Allah kita tidak akan pernah kecewa dan berputus asa. Kita tidak diciptakan untuk menangisi Takdir yang telah ditentukan jika ia adalah mendukacitakan sebaliknya, kita perlu membuka pintu hati dan fikiran kita supaya bersikap lebih terbuka dan optimistik dalam sesuatu perkara. Mungkin buruk pada kita tetapi baik bagi Tuhan. Sesungguhnya, apa jua yang tertulis adalah Takdir Qadak dan Qadar dari-Nya. Bersangka baik adalah solusi terbaik untuk menjadikan kita insan yang cekal dan tabah. Tuhan pasti menolong hamba-hamba-Nya yang sentiasa bersabar, Inshaa Allah.

Comments

Popular Posts