Homestay Sungai Nibong, Pulau Pinang

Hello...
Alhamdulillah, pada 20-22 Disember 2018 yang lalu saya dan keluarga telah mengambil kesempatan cuti tahunan yang ada plus school holiday kan... jadinya waktu senggang itu diambil untuk bercuti di Pulau Pinang.




 Kami stayed di homestay tingkat 1, yang beralamat di 10, Lebuh Nipah 2, Bayan Lepas,  11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.  Homestay ni Memang tak jauh dari Jambatan Kedua Pulau Pinang dan berhampiran dengan Queensbay Shopping Mall, USM dan  Tapak Pesta Pulau Pinang. Lokasi homestay yang strategik dan tak jauh dari pusat bandar... Dok pusing sana pusing sini... Pi mai pi mai tang tu jugak sebab dalam Pulau nuuu...Jangan risau sesat dalam kesesatan sebab waze kan ada...







Homestay ni sangat berpatutan dari segi harganya, dan sangat selesa terdapat 3 buah bilik berhawa dingin, kitchen yang dilengkapi gas dan dapur memasak,  periuk nasi elektrik, cerek air elektrik, perkakasan dan peralatan memasak yang comel-comel seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk, cawan, sudip, sudu, garfu dan sebagainya, peti ais, mesin basuh automatik, 2 buah bilik air dengan sebuah dilengkapi sistem pemanas air bagi yang takut air sejuk. Ruang tamu yang luas dan dilengkapi dengan televisyen untuk beristirehat seisi keluarga.  Ruang balkoni untuk mengambil angin luar dan ruang merokok juga. Parkir khas juga disediakan jangan risau ya. Kemudahan Wi-Fi juga tersedia.  Sangat sesuai bagi seisi keluarga yang bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang. Saya mengesyorkan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika nak book homestay bolehlah terus berurusan dengan Encik Idris bin Ishak di talian 01132777002. Terima kasih atas persinggahan di blog saya... 😍😍😍





Bye Bye Penang... Jumpa lagi! 




Comments

Popular Posts