Roti Kaya Junus
















Balik dari meeting, singgah jalan-jalan dulu cuci mata ke Menara Condong.
Cuaca agak panas terik, buat rasa lapar dan dahaga. 
Minum-minum ais kacang dulu buat basah tekak.

Ada kawan belanja makan roti kaya Junus. Rezeki...

Sedapnya Roti Kaya Junus!
Bersebelahan Kedai Makanan Dan Minuman Hawaii, ( Tempat ais kacang yang agak popular ) di Teluk Intan.

Roti benggali dan roti ban yang dikukus lembut sangat...
Disapu kaya sahaja atau  bersama butter. Ada juga lain-lain pilihan inti seperti kacang dan kelapa jika suka.

Harga boleh dikatakan mesra rakyat.
Kalau singgah di Teluk Intan jangan lupakan Roti Kaya Junus ya!



Comments

Popular Posts