Skip to main content
Kamu,Apa Yang Kamu Makan
“Kamu, Apa Yang Kamu
Makan”merupakan kupasan menarik saudara Ann Wan Seng tentang pola pemakanan
seperti yang disebut di dalam Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud;”Makan dan minumlah
kamu dan janganlah berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang
yang berlebih-lebihan.”Tidak hanya membincangkan tentang aspek halal dan haram
tetapi buku ini juga mengupas secara terperinci khasiat dan nilai pemakanan
terhadap kesihatan tubuh badan.
Menariknya,buku ini juga mencatatkan resepi dan
rahsia pemakanan Nabi Muhammad s.a.w.dalam olahan yang dikaitkan dengan
rangkaian ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis terpilih tentang setiap satu jenis
makanan dan minuman kegemaran yang menjadi amalan sepanjang hayat
Rasulullah.Umum mengetahui,Nabi s.a.w.merupakan contoh terunggul sepanjang
zaman dan bukan rahsia lagi,baginda Rasulullah s.a.w.sepanjang hidupnya jarang
ditimpa penyakit kerana gaya pemakanan yang diamalkan sangat tepat dengan pola
pemakanan yang dianjurkan oleh Islam iaitu,makan untuk hidup dan bukannya hidup
untuk makan sesuai dengan satu hadis yang menyebut,”Sumber segala penyakit
adalah kenyang”(H.R.al-Bukhari:1921).
Mengagumkan,pola pemakanan yang diamalkan
Nabi s.a.w.diakui terbaik dalam dunia perubatan moden.Baginda Rasulullah s.a.w.hanya
menyentuh makanan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang dan sabdanya;”Kami
adalah kaum(umat) yang tidak makan kecuali lapar dan apabila kami makan,kami
berhenti sebelum kenyang.”(H.R.at-Tirmizi:3461).Nabi sangat menitikberatkan
tentang aspek halal dan haram sesuatu makanan yang dimakan kerana ia sangat
mempengaruhi kesihatan rohani dan spiritual di samping salah satu penyebab doa dimakbulkan atau tertolak oleh Allah s.w.t.
Kita
dapat meneladani contoh pola pemakanan nabi s.a.w.seperti mengamalkan air putih
yang dicampur madu asli setiap pagi sebagai sarapan dan amalan memakan kurma
ajwa yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.Nabi juga amat menggemari
susu,buah-buahan dan sayur-sayuran.Diantara buah-buahan yang disukai Nabi
s.a.w.ialah kurma,anggur,delima,zaitun,buah tin,jambu biji dan labu yang setiap
satunya diakui nilai khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan.Nabi s.a.w.juga
tidak terus tidur apabila selesai makan,sebaliknya sebelum tidur baginda juga
berzikir,bersolat atau melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk melancarkan
proses penghadaman dan pencernaan makanan.
Buku ini juga mengajar kita tentang
etika dan adab makan dan minum yang dianjurkan Islam seperti menyebut nama
Allah ketika mula makan,memuji Allah di akhir makan,makan secara berjamaah untuk
mendapat keberkahan dari Allah s.w.t. dan sumber makanan juga mestilah dari
sumber yang halal dan baik lagi bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kerana
ia sangat mempengaruhi samaada dari aspek fizikal,rohani dan spiritual.Dapatkan
buku ini di pasaran dengan harga RM 18.00 di Semenanjung Malaysia dan RM21.00
di Sabah dan Sarawak.Anda tidak rugi untuk memilikinya!
Comments
Post a Comment