Roti Kaya Junus
Balik dari meeting, singgah jalan-jalan dulu cuci mata ke Menara Condong.
Cuaca agak panas terik, buat rasa lapar dan dahaga.
Minum-minum ais kacang dulu buat basah tekak.
Ada kawan belanja makan roti kaya Junus. Rezeki...
Bersebelahan Kedai Makanan Dan Minuman Hawaii, ( Tempat ais kacang yang agak popular ) di Teluk Intan.
Roti benggali dan roti ban yang dikukus lembut sangat...
Disapu kaya sahaja atau bersama butter. Ada juga lain-lain pilihan inti seperti kacang dan kelapa jika suka.
Harga boleh dikatakan mesra rakyat.
Kalau singgah di Teluk Intan jangan lupakan Roti Kaya Junus ya!
Comments
Post a Comment