Bahagia Dan Membahagiakan Dengan Redha Allah







Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya:Rasulullah SAW berdoa;'Ya Allah,perbaikilah agamaku yang menjadi tonggak urusanku,dan perbaikilah duniaku yang menjadi sumber kehidupanku;dan perbaikilah akhiratku yang merupakan destinasi akhirku;dan jadikanlah hidup ini bagiku sebagai tempat untuk menambah kebaikan;dan jadikanlah mati bagiku sebagai rehat dari segala keburukan.'

[Hadis Riwayat Muslim]



Kehidupan ini ada warna dan warninya.Warna warni kehidupan yang bagaimanakah yang sangat kita dambakan itu?Kadang-kadang,kita mengukur sekeping gambar sepasang suami dan isteri bersama anak-anak mereka yang tersenyum dengan keseronokan yang kelihatan sempurna sebagai bahagia dan membahagiakan?Walaupun ada yang berkata sekeping gambar menceritakan tentang seribu makna,boleh jadi segala-galanya.Benarkah begitu?Di sebalik kebahagiaan yang kita cari dan damba-dambakan itu,pernahkah kita mengukur 'kebahagiaan' itu dengan 'redha' Allah?Kita sibuk bekerja siang dan malam,sehingga baju di tubuh tidak sempat kering dek kebasahan peluh dan keringat.Dalam kesibukan itu,adakah 'hak dan kewajipan' kita terhadap Allah telah kita tunaikan?Semoga kita tidak menjadi hamba-hambaNYA yang alpa dan terlupa kerana redha Allah yang kita cari dalam setiap sen dan ringgit itu.Hanya dengan redha Allah,barulah kita akan temui titik-titik kebahagiaan yang sebenarnya.Firman Allah yang bermaksud;'Ingatlah kepada-Ku,Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepada-Ku,dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.[Surah Al Baqarah;2:152]


Apalah maknanya kebahagiaan di luaran berbanding dalaman itu sendiri?Seorang hartawan dan jutawan yang disegani tetapi malam-malamnya, tidur pun tidak tenang dan lena memikirkan kesudahan harta-bendanya yang melimpah-ruah itu.Seorang CEO yang paling berjaya di syarikatnya tetapi di rumahnya,dialah seorang ayah yang paling gagal mentarbiah anak dan isterinya menjadi soleh dan solehah.Bahagiakah itu?Kembalilah kepada fitrah,kembalilah kepada tuntutan Allah dan ajarannya.Jangan  sesekali pernah melupakan Allah walau di sisi mana pun kita berada.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a;Rasulullah SAW bersabda:Allah SWT berfirman;'Jika hamba-Ku suka bertemu dengan-Ku,maka Aku pun suka bertemu dengannya.Dan jika ia benci bertemu dengan-Ku,maka Aku pun benci bertemu dengannya.'[Riwayat Bukhari]


Berdoalah kepadaNYA supaya kita tidak muflis di sana nanti dengan mengingatiNYA setiap saat dan detik agar kebahagiaan yang sebenar menjadi milik kita yang abadi di dunia dan di akhirat nanti.Amin ;p

Comments

Popular Posts