Jom Makan Ulam-ulaman Part II






Assalammualaikum buat pengunjung blog yang diraikan,pada kali ini kita akan sambung semula "ceritera" tentang 1001 rahsia ulam-ulaman yang tumbuh meliar di kiri dan kanan kita dan mungkin, adakalanya kita tidak menyedari pun bahawa ianya ialah sejenis ulam-ulaman yang menjadi pujaan wanita yang sangat mementingkan kecantikan dalaman mahupun luaran dari hujung rambut hingga ke hujung kaki itu.Sudah tentulah anda yang sedang membaca ini.Terima kasih ya.Disertakan juga pautan "Jom Makan Ulam-ulaman part I" Cer kome klik klik kat sini :) Semua rahsia ulam-ulaman dan sayur-sayuran ini,saya cedok daripada tiga buah buku kesayangan saya seperti di atas ya...bagi yang hendak awet muda,amalkan selalu memakan ulam pegaga,umbut bayas,pucuk muda berembang,lempoyang,pucuk muda kopi,pucuk betik yang direbus,hirisan cili besar dan pucuk daun sendokan.Walaubagaimanapun,kebanyakan ulam-ulaman memang berfungsi sebagai awet muda.Apa yang disebutkan hanyalah sebahagian sahaja.





Mengamalkan jus pegaga selain dipercayai agar badan tidak gemuk,ia juga berfungsi sebagai tonik yang menyihatkan dan mengurangkan panas badan. Tahukah anda,memakan terlalu banyak jantung pisang yang direbus akan mengakibatkan angin di dalam perut dan juga usus selain melemahkan lutut dan tenaga batin ,juga ia tidak sesuai untuk pesakit asma dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan paru-paru atau sistem pernafasan.Kangkung berwarna ungu pula sesuai sebagai ubat herba untuk merawat diabetis sementara air rebusan daripada kangkung berwarna hijau pula diminum sebagai penawar ubat batuk.Walaubagaimanpun,mengamalkan kangkung secara keterlaluan juga akan mengakibatkan keresahan tidak lena tidur dan sakit kepala.Cekur manis pula,selain daripada merangsang pengeluaran susu ibu dan agen pemulihan rahim wanita,ia juga berfungsi untuk menyejukkan dan membersihkan darah.Daun kesum pula berfungsi mengharumkan tubuh badan sementara untuk merawat kelemumur pula,daun kesum ditumbuk kemudian diperah.Air perahan itu dicampurkan dengan sedikit air sebelum digosok ke kulit kepala.Jus lobak putih pula berkhasiat untuk menghentikan cirit-birit,membantu penghadaman,masalah ginjal dan saluran kencing.Hanya dengan izin Allah SWT sahaja sesuatu penyakit itu mampu disembuhkan dan sebaiknya,dapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bertauliah untuk sesuatu penyakit yang kita hadapi.Semoga bertemu lagi di lain penulisan dan terima kasih daun keladi.




Buku-buku rujukan;
  1. Ulaman Di Sekeliling Anda : Siti Fauziah Yusof ,  Percetakan Zafar Sdn Bhd 
  2. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan : Ong Hean Chooi , Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 
  3. 1001 Misteri Alam : Kompilasi Misteri Alam Majalah Wanita

Comments

Popular Posts