Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur

 Pemandangan dari tingkap bilik 1616,Hotel Regency



Lamanya tak ‘up date’ blog.Hampir bersawang.Balik dari kursus tiga hari dua malam di Hotel Regency Jalan Raja Alang,Kuala Lumpur barulah boleh ‘up date’ blog.Nombor bilik,1616,saja tulis takut terlupa.Sempat la merasa makan-makan di “The Loaf”,walaupun perut sudah kenyang.Inilah yang dinamakan budaya makan yang tak sudah-sudah.Sempat juga jalan-jalan di sekitarnya termasuk Pasaraya Maidin.Lain yang dicari,lain yang dibeli.Hihihi…pastikan iman cukup kuat apabila hendak membeli belah kerana boleh rambang mata dibuatnya.Nasib duit aku pun tak banyak mana,pada masa itu; selamat…..Alhamdulillah,telah banyak wacana ilmu dan pengetahuan yang dikutip sepanjang berada di sana.Lokasi hotel yang berhampiran Chow Kit,menjadikan kita manusia yang dapat memerhati berbagai gerak dan tingkahlaku manusia-manusia lain di sekeliling.Sukar untuk membezakan mana satu warga tempatan dan mana satu warga asing,maklumlah aku bukan warga KL tulin pun.Hihihi…Ada berbagai ragam dan gelagat untuk dijadikan model kehidupan.Bezanya,perlu memilih mana yang baik dan mana yang tidak.Hidup di kotaraya serba materialistik,menjadikan insan-insan ini begitu tabah dan cekal melakar harapan.Walaupun ia tidak seindah yang disangka.Malam yang enak bagi kita untuk mengulit mimpi, tetapi tidak bagi insan-insan kota yang sibuk bersengkang mata,mengerah keringat demi wang dan ringgit yang setiap sennya adalah harga yang perlu dibayar untuk kehidupan esok dan seterusnya.Mereka di sini tiada istilah siang atau malam.Sepanjang aku disana juga,aku dapat melihat dengan mata dan kepala sendiri bukanlah mudah mencorak kejayaan tanpa sebuah kesungguhan.









Aku teringat kata-kata Dr Sharol Lail,sengaja dipilihnya kawasan hotel berdekatan Chow Kit supaya katanya ,’awak orang boleh bercampur gaul dan tidak hanya bercampur gaul sesama sendiri.Nanti tidaklah pelik dia orang melihat awak orang dan awak orang pun tidaklah pelik melihat dia orang.’Hihihi…dalam maksudnya tu.Sesiapa yang pertama kali bersua rupa dengan Dr Sharol,pasti menyangkanya seorang ahli ‘seniman’,sambil memetik gitar dan menyanyikan  satu dua lagu-lagu pop etnik serta dikerumuni ramai peminatnya.Begitulah pandangan zahir manusia yang berupaya memanipulasikan sebuah hakikat dan kenyataan,jadi… moral of the story,janganlah menilai seseorang hanya berdasarkan luarannya semata-mata,padahal,dalamannya langsung tidak sekufu dengan apa yang dipandang mata kasar.Tapi paling aku suka fasal Dr Sharol ni,arahan yang dia bagi kepada kami para peserta,boleh balik bilik tidur atau keluar jalan-jalan tapi esok saya nak tengok semua kerja siap!Dek kerana arahannya yang cukup tegas itu jugalah aku berjaya menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkannya itu walaupun telah jam tiga pagi!Esoknya juga,Dr Sharol dapat tahu aku siapkan kerjanya pukul tiga pagi.Hihihi…ada geng report kat dia la. Okeylah,berbalik semula pada realiti kehidupan di kotaraya,aku kira,untuk insan biasa,(Kelas pertengahan dan rendah)perlu lebih bekerja keras demi sebuah kelangsungan hidup yang masih tidak pasti di keesokan harinya.Ada kerja 'part time’ selepas ‘full time’.Di KL ni,kalau takat-takat gaji RM1000,payah juga nak menikmati kehidupan sebenar.Orang lain makan sedap-sedap,kita hanya makan mi maggi di pertengahan bulan untuk berjimat-cermat.Hidup di KL ni,suami isteri kena pakat-pakat buat kerja untuk menambah duit poket.


Ya,memetik kata-kata Voltaire;”Dalam perkara wang,semua orang mempunyai ‘agama’ yang sama”.Wang telah menempati sebahagian penting dalam drama manusia yang dimainkan di sebalik ideologi pertumbuhan ekonomi.Sementara menurut G.Simmel di dalam bukunya;”The Philosophy of Money”,wang bukan sahaja dilihat semata-mata dari sudut ekonomi,tetapi lebih sebagai simbol dan alat.Wang menentukan bagaimana manusia berinteraksi.Akibatnya,segala gejala peminggiran dan “tragedi” budaya yang menimpa manusia kini bertalian rapat dengan sifat budaya kebendaan yang dibawa oleh wang.(CAP)Teringat pula lagu,duit oh duit,di mana engkau duit?Okeylah…Layan sajalah gambar-gambar sekitar kursus Media Sosial yang meninggalkan 1001 memori indah untuk dikenang.Ole-ole?Jangan ditanya,kerana aku hanya sempat membeli sepasang selipar yang cuma berharga RM10 yang bersepah di sepanjang jalan yang menjadi pusat penjaja-penjaja kecil berniaga,itupun kerana aku terpaksa berjalan kaki untuk menaiki LRT dari Hotel Regency ke KL Sentral. Mahu melecet kaki jika berkasut tumit tinggi!Ada berani?Pengajarannya,pastikan selipar dibawa jika hendak berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur kerana pastinya parkir kereta anda berjauhan dari destinasi yang hendak dituju.KL yang sentiasa sesak dan padat!Huh…


Sudahlah tiket ke Ipoh ‘sold out’,terpaksalah buat tebal muka semasa menyerahkan tiket ETS kepada pemeriksa tiket sambil berkata;’Ini tiket ke Batu Gajah,tapi saya hendak turun di Ipoh.’Sambil menyertakan tambang RM1.Pemeriksa tiket yang baik hati itu tersengih sambil mengangguk-anggukkan kepalanya tetapi dia enggan menerima wang tambang RM1!Itulah satu-satunya tiket yang tinggal di kaunter dan itupun kerana ada pelanggan yang menjualkannya balik kepada kaunter KTM.Aduhailah nasib!Lain kali tolong jangan beli tiket ‘last minute’ okey?









Comments

Popular Posts