Topiku berwarna warni




Jom belajar fasal topi…“Topi-topi berfikir de Bono adalah lambang stail pemikiran yang berbeza-beza” Pada tahun 1994,Dr.Edward de Bono telah mencipta konsep pemikiran paralel dan menerangkan konsep itu di dalam bukunya,bertajuk Parallel Thinking.Untuk melakukan pemikiran paralel,caranya ialah dengan menggunakan kaedah “6 Topi”. Menurut kaedah ini,apabila kita berfikir,kita sepatutnya memakai satu topi pada satu waktu.Jangan memakai bermacam-macam topi serentak,nanti pemikiran kita berkecamuk.


1. Topi Hijau
Pakai topi ini waktu mula-mula berfikir.Pemikiran yang kreatif dan konstruktif.Digunakan untuk mencari idea-idea baru,alternatif-alternatif baru,penyelesaian baru,jawapan baru,rekacipta baru dan segalanya baru.Topi yang provokatif,menyoal dan mencabar apa-apa yang ada kini.Tidak perlu logik.Tiada alasan.Cadangan…cadangan…cadangan…


2. Topi Kuning
Lambang pemikiran konstruktif atau membina.Ia sangat positif,digunakan untuk mencari segala faedah,kebaikan dan manfaat daripada apa-apa idea. Digunakan untuk memperbaiki kelemahan yang ada sekarang.Topi kuning menerangkan dengan jelas mengapa idea itu baik dan dijangka menghasilkan kejayaan.


3. Topi Putih
Topi putih adalah lambang pemikiran objektif.Mencari maklumat semata-mata.Tidak ada tafsiran.Tidak ada emosi.Tidak ada prejudis.Tidak timbul soal suka atau tidak.Tidak timbul soal diterima atau ditolak.Gunakan topi ini sebelum membuat sebarang keputusan dalam memilih mana-mana alternatif.Topi ini memastikan keputusan yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang betul.


4. Topi Hitam
Pemikiran kritikal dan negatif.Kegunaan paling utama adalah menghindarkan kita daripada melakukan kesilapan dan membuat keputusan yang tidak bijak.Topi hitam sangat mementingkan kebenaran dan realiti.Topi hitam adalah topi logik.Mencari apa-apa yang salah,buruk,rugi,cacat cela sesuatu idea,yang sukar,yang berisiko dan berbahaya.


5. Topi Merah
Lambang pemikiran emotif dan nilai.Pakai topi ini sekiranya perkara yang hendak dibincangkan memang perkara yang emosional.Masa paling sesuai memakai topi ini adalah selepas mengambilkira semua fakta yang ada.Ambilkira juga soal-soal seperti perasaan dan gerak hati.


6. Topi Biru
Topi yang berada di atas sekali.Orang yang paling sesuai memakai topi ini adalah pengerusi majlis atau ketua perbincangan.Mengawasi bagaimana topi-topi lain bekerja.Membuat jadual berfikir bagi topi lain dan memandu kemajuan sesi berfikir.Topi biru memikirkan cara kita berfikir.

Comments

Popular Posts