Lima Respons Atau Maklumbalas Yang Baik Untuk Pasangan



"Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua hala antara suami dan isteri.Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung."


Kajian yang dijalankan oleh syarikat komunikasi US mendapati perkataan seperti "saya","aku"(yang merujuk kepada diri sendiri) adalah perkataan yang paling banyak digunakan di dalam perbualan telefon.



Alhamdulillah, selesai sudah sesi pencerahan tentang "Belajar Memberi Respons/Maklumbalas Yang Baik" oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin yang bersiaran dari Radio Ikim.Fm dalam rancangan Pesona D'Zahra pada pukul 10.15 pagi tadi. 


Terdapat 5 cara bagaimana untuk belajar memberikan respons atau maklumbalas yang baik supaya komunikasi dua hala di antara suami dan isteri menjadi lebih baik dan konflik dapat dielakkan iaitu pertamanya, niat. Walaupun kita sibuk dan penat dengan kerja seharian, tetapi berniatlah untuk memberi peluang kepada pasangan masing-masing meluahkan perasaan atau apa-apa sahaja masalah yang terbuku dan terbeban di benak fikiran.


Kedua ialah, ulangi perkataan yang di hujung ayat, contohnya...

Isteri : Hari ini saya rasa letih.

Suami : Letih ya yang...

Melalui pengulangan ayat yang akhir ini, pasangan akan dianggap sebagai memahami.


Ketiga ialah, banyakkan bersabar, Sabarlah menghadapi karenah dan ragam manusia yang pelbagai apabila kita bertindak sebagai pendengar. Dengar...dengar...dengar...(sambil senyum).


Keempat, berilah respon yang positif kepada pasangan, elakkan membangkang, elakkan mencari kesalahan di antara satu sama lain sebaliknya, belajarlah untuk mencari solusi di dalam menyelesaikan masalah yang telah terjadi dan bukan membangkang atau menyalahkan sesiapa diatas kejadian yang telah berlaku.


Akhir sekali yang kelima, carilah pendekatan yang positif, komen yang positif terlebih dahulu sebelum kita membetulkan kekurangan atau kesilapan pasangan seperti, 

Isteri : Keistimewaan abang yang saya suka ialah, abang ringan tulang, boleh jadi imam masa bersolat, pandai tajwid...bla..bla..bla (yang positif +++) cumanya, abang sekali-sekala jarang bawa saya dan anak-anak pergi bercuti jalan-jalan makan angin (yang negatif ---). Boleh tak lepas ini, kalau ada masa terluang kita pergi bercuti?


Semoga tips dari Ustaz Muhammad bermanfaat untuk perkongsian kita semua.


In Shaa Allah




Comments

Popular Posts