Kisah MYDIN Di Sebalik Tabir




Keterujaan membaca buku 'MYDIN Di Sebalik Tabir' tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Perkara menarik untuk dikongsikan ialah ajaran untuk mendisiplinkan anak-anak agar tidak bermewah-mewah dengan wang ringgit dan harta benda.Contohnya,apabila hendak memesan nasi,mereka akan meminta untuk dibungkuskan nasi dan lauk-pauk secara berasingan supaya dapat menikmati kuah yang berlebihan berbanding nasi banjir.Seringkali juga limau nipis yang dihidangkan bersama mee goreng mamak akan digunakan untuk diperah ke dalam air suam kosong yang dipesan agar mereka dapat menikmati air limau nipis percuma.Sudah tentu,kita tidak pernah membawa telur ayam ketika memesan roti telur di warung-warung roti canai.Tetapi,itulah yang telah dilakukan oleh mereka untuk menikmati sekeping roti telur yang dimasak oleh penebar roti canai menggunakan telur yang dibawa mereka sendiri dan sudah tentu harganya jauh lebih murah dari kebiasaan.Ketika singgah makan di warung sate pula,mereka akan memesan kuah kacang yang banyak agar dapat dimakan bersama roti yang dibawa sendiri dari rumah.Dengan itu,mereka dapat makan dengan sepuas-puasnya sambil menjimatkan kos.Mereka adik-beradik juga diajar dengan amalan berjimat-cermat seperti menabung sejak dari kecil lagi dan tidak ada sesiapapun yang tahu,di sebalik kekayaan dan kejayaan Mydin pada hari ini,adalah dengan mengamalkan prinsip 'bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.'Pada musim cuti persekolahan pula,mereka telah diajar sebagai alternatif bagaimana untuk menambahkan pendapatan dengan berniaga di Pasar Siang dengan berjualan barang-barang permainan hanya beralaskan alas plastik di atas tanah kerana tidak mampu menyewa gerai.


Sejarah juga adalah 'pengalaman' dan 'guru' yang paling bermakna.Tidak ada sesiapapun yang pernah menduga kekayaan dan kemewahan keluarganya pernah musnah dan hilang sekelip mata dibedil bom ketika perang Jepun dan dari situlah bermulanya kehidupan gelap dan miskin mereka apabila datuknya terpaksa memulakan semula perniagaannya walaupun hanya dengan menjual guni dan pin-pin baju sahaja!Bagaimana pula kita pada hari ini mendidik anak-anak supaya tidak bermewah-mewah dengan wang ringgit dan harta benda seterusnya membentuk modal insan yang tidak menjadi hamba kepada materialistik semata.

Comments

Popular Posts