Bebaskan diri dari dunia luar




Itulah ketenangan yang paling indah di dalam kehidupan ini.'Bebas dari dunia luar'.Tutupkan telefon bimbit anda,tutupkan hubungan anda dengan 'dunia tanpa sempadan' seperti facebook,blog,twitter,skype,e mail dan lain-lain untuk seketika waktu.Asingkan diri anda dari dunia luar.Anda akan temui 'titik kehidupan yang paling 'bebas' yang lebih ruang dan sempadan tanpa diganggu selepas pengasingan tersebut.Kita 'bebas' menelaah buku yang kita gemari,kita bebas berjalan ke tempat-tempat yang menarik tanpa gangguan deringan telefon,kita bebas mendidik anak-anak dengan sepenuh perhatian,kita bebas dipengaruhi elemen-elemen negatif yang berlegar di persekitaran laman muka buku dan sebagainya.Kita bebas menerokai dunia yang sebenar tanpa dipengaruhi persekitaran dunia luar,itulah makna kebebasan yang paling indah dan membahagiakan.In shaa Allah.Itulah letak titik kebahagiaan kita yang sukar untuk diluahkan di dalam bentuk perkataan.Kita insaf,selama ini kita telah 'digunakan' oleh sains dan teknologi tanpa kita sedari.Kenapa saya katakan begitu?Ya,kerana setiap ketika,[setiap saat,minit,jam,hari dan berganti bulan],kita 'leka' dengan gadjet;Apa itu gadget?

A gadget is a small technological object (such as a device or an appliance) that has a particular function, but is often thought of as a novelty. Gadgets are invariably considered to be more unusually or cleverly designed than normal technology at the time of their invention. Gadgets are sometimes also referred to as gizmos. (Wikipedia.com)

Apakah maknanya kehidupan,sekiranya siang dan malam,seorang anak sibuk dengan gadjet di tangannya,seorang suami dan seorang isteri yang asyik dengan iphone dan blackberry walaupun sedang duduk bersama-sama di sofa menonton televisyen atau sedang bercuti di lokasi peranginan,seorang ibu dan ayah yang asyik menghadap netbook,ipad dan sebagainya walaupun duduk bersama-sama di meja hidangan makanan.Dimanakah nilai 'keakraban' sesebuah institusi kekeluargaan?Bagaimanakah komunikasi berkesan dapat dicapai sekiranya kita tidak hidup sebagai satu cara hidup yang normal?Cuba kita bandingkan kehidupan kedua ibu bapa kita dahulu berbanding dengan kehidupan kita pada hari ini.Walaupun,kita berada di era yang berbeza,namun kita tidak harus membuang ke semua nilai-nilai tradisi yang baik seperti sentiasa berkomunikasi dengan adab dan sopan yang baik semasa bersama ibu dan bapa,suami dan isteri,anak dan ibu bapa.Pada masa itu,tidak ada elemen yang memisahkan komunikasi berkesan diantara mereka.Tiada facebook.tiada ipad,tiada telefon bimbit dan sebagainya.Bukanlah bermakna,kita perlu juga membuang apa-apa sahaja kebaikan dari sains dan teknologi tetapi kita tidak sewajarnya membenarkan kemajuan sains dan teknologi 'menggunakan' kita sebaliknya,kitalah sebagai pengguna yang bijak perlu bersifat selektif,dengan menggunakan kebaikan sains dan teknologi secara berhemah.Ada masa dan ketikanya,kita perlu mengasingkan diri dari 'dunia tanpa sempadan'.Kita akan kembali normal menjadi manusia yang benar-benar 'bebas' dari hamba kepada kebendaan sains dan teknologi.Hidup dan kehidupan menjadi lebih bermakna sekiranya,kita memanfaatkan sains dan teknologi sebagai alat untuk 'menghambakan' diri sebaik-baiknya kepada pencipta agung dunia ini,Allah SWT.


Comments

Popular Posts