Pengalaman Adalah Guru Yang Terbaik



Jika manusia berfikiran positif,apa sahaja masalah yang sukar akan menjadi mudah.Bahkan,kita selalu berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat.Contohnya,kita diuji dengan poligami setelah bertahun-tahun melayari bahtera perkahwinan secara monogami.Dari perspektif positif,poligami akan diukur secara positif manakala dari aspek negatif pula,poligami sudah tentu akan diukur secara negatif.Tidak dinafikan,sentimen emosi adakalanya menguasai pemikiran yang rasional.Manusia akan mencipta pelbagai alasan dan 1001 sebab-musabab untuk menolak sesuatu yang sukar untuk diterima akalnya.Manusia tidak mahu dilihat sebagai insan yang lemah dan naif tetapi mereka seringkali memerlukan penghargaan.Hanya manusia yang benar-benar yakin terhadap ketentuan qadak dan qadar sahaja yang akan redha walau apapun ujian yang hadir.Ujian Allah tidak hanya berbentuk musibah,bencana,kesukaran dan kepayahan tetapi di dalam bentuk yang disebut sebagai 'istidraj',iaitu diuji dengan kesenangan,kekayaan,wang ringgit yang melimpah ruah dan segala bentuk kemudahan yang lain.Pernahkah kita bersyukur dengan kedua-dua bentuk ujian tersebut?Setiap kali kita bersyukur,kita akan semakin tenang dan bahagia.Kita tidak akan berasa 'stress' dan 'tension'.


Saya tertarik dengan kata-kata seorang pengembara;di dalam slot - 'Dengan basikal aku mengembara'.Menurut pengembara tersebut,sepanjang pengembaraan,beliau tidak akan memikirkan apakah perkara-perkara yang akan berlaku dan apakah perkara-perkara yang telah berlaku.Beliau cuba sedaya-upaya untuk meneruskan misi pengembaraan tersebut dengan berkeyakinan sambil menyedari kewujudan-Nya (Maha Pencipta).Beliau begitu menghargai setiap satu yang ditemuinya di sepanjang pengembaraan tersebut tanpa mengenal erti penat ,lelah dan berputus asa.Kita akur,'pengalaman' adalah guru yang terbaik di dalam proses kehidupan ini.Yang baik sebagai ikutan,yang buruk sebagai sempadan.Dengan cara ini,kita akan terhindar dari 'stress' dan 'tension' ,malah semakin matang dan dewasa dengan susur galur kehidupan yang penuh dengan rintangan dan cabaran ini.

Comments

Popular Posts