Tahun Baru 2014



Tahun silih berganti,saat berganti minit,minit berganti jam,jam berganti hari,hari berganti minggu.Minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun.Apakah maknanya tahun baru bagi kita selain dari anjakan usia?Apakah kita mengharapkan sesuatu perubahan akan berlaku tanpa penambahbaikan diri kita terlebih dahulu?Contohnya,kita mengharapkan untuk menurunkan berat badan tetapi kita enggan melakukan sedikit usaha seperti bersenam dan sebagainya?Tahukah kita - menurut beberapa kajian yang dipetik dari 'Effects of Aerobic Exercise on Transient Mood State,Perceptual & Motor Skills,1991'senaman berintensiti sederhana dapat membantu mengurangkan keadaan perasaan negatif dan meningkatkan keadaan positif,selain berupaya meningkatkan harga diri akibat kurang terdedah kepada stress.(Physical Activity & Mental Health,1997).


Ada orang yang berazam setiap tahun tetapi sukar baginya untuk mencapai sasaran seperti yang diharapkan.Kenapa dan mengapa?Bahasa mudahnya,kerana kita tidak bersungguh-sungguh untuk mengejar matlamat seperti yang diimpikan.Boleh juga disamakan dengan 'angan-angan Mat Jenin'.Azam ibarat sebuah papan percaturan di dalam kehidupan.Azam yang baik akan membawa kejayaan dan kebahagiaan tidak hanya di dunia tetapi di akhirat kelak.Contohnya,berazam untuk memperbaiki amalan berkaitan keTuhanan (hubungan dengan Allah) dan kemanusiaan (hubungan dengan manusia) serta alam sekeliling seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang melata di muka bumi dengan lebih baik.Boleh juga dicapai dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang bergantung kepada prioriti.Pokok pangkalnya,bagaimanakah kita sebagai seorang pelayar mahu menentukan kompas haluan sebuah pelayaran yang dikemudi?Untuk mencapai azam yang diimpikan,tidak semudah mimpi di siang hari.Segala-galanya memerlukan keberanian yang bukan sedikit.Usaha itu pasti,seterusnya berdoa dan bertawakal kepada-Nya.In shaa Allah,dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat.


SELAMAT TAHUN BARU - 2014 :)


Sumber rujukan;Senaman Sebagai Ubat,PPPP 2009


Comments

Popular Posts