Adab makan mengikut Sunah Nabi




Bersyukur kita diatas segala nikmatNYA.Allah swt mengurniakan kita hamba-hambaNYA yang bertebaran di muka bumi dengan limpahan rezeki makanan dan minuman.Ada 1001 aneka jenis makanan dan minuman untuk kita bicarakan tetapi,pernahkah kita mengambilkira sunah-sunah yang dianjurkan di dalam hadis-hadis tentang adab makan dan minum?Sambil kita menikmati hidangan makanan dan minuman,sedikit demi sedikit kita menunjukkan adab dan tertib supaya anak-anak kita,generasi yang akan datang telah terbiasa dengan rutin dan amalan yang dianjurkan oleh tatacara Islam melalui hadi-hadis nabi yang masyur seterusnya menjadikan kita hamba-hambaNYA yang sentiasa menitik beratkan amalan yang baik seterusnya meraih pahala,In shaa Allah.Kita juga dianjurkan untuk makan secara berjemaah untuk mengeratkan ukkhuwah dan silaturrahim seperti yang disebut di dalam satu hadis yang berbunyi;Dari Jabir r.a. berkata:”Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Makanan seorang itu cukup bagi dua orang,makanan dua orang itu cukup bagi empat orang.Dan makanan empat orang itu cukup bagi lapan orang.”(H.R.Muslim).


Contohnya,ketika menghadap makanan,kita dianjurkan terlebih dahulu untuk memulakan bacaan Bismillah sesuai dengan satu hadis yang menyebut;Dari Umayyah bin Mahsyi Ash-Shahabi r.a. berkata:”Ketika Rasulullah s.a.w. duduk,ada seorang makan tanpa membaca nama Allah sehingga habis makanannya,hanya tinggal satu suap.Ketika dia mengangkat akan memasukkan ke mulutnya dia membaca:”Bismillahi awwalahu wa akhirahu.”Kemudian Nabi s.a.w. tertawa dan bersabda:”Syaitan itu selalu makan bersamanya tetapi ketika dia menyebut nama Allah maka syaitan itu memuntahkan apa yang berada di perutnya.”(H.R.Abu Daud dan Nasa’i).


Seterusnya,mulailah menyuapkan makanan ke mulut dengan menggunakan tangan kanan dan makanlah makanan yang paling hampir ,sesuai dengan hadis yang meriwayatkan;Dari Umar bin Abu Salimah r.a. berkata:”Sewaktu kecil saya berada di bawah asuhan Rasulullah s.a.w. dan saya pernah menghulurkan tangan untuk mengambil makanan yang berada di suatu piring,kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:”Wahai anak muda,sebutlah nama Allah serta makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan yang dekat dengan kamu.”(Muttafaqun ‘alaih)


Apabila kita makan,janganlah pula kita melupakan sebuah lagi hadis yang menyebut tentang keberkatan makanan iaitu;Dari Ibnu Abbas r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda:”Keberkatan itu turun di tengah makanan,maka makanlah kamu dari kedua tepi makanan itu dan janganlah makan dari tengahnya.”(H.R.Abu Daud dan Tarmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)Satu lagi hadis yang masyur tentang keberkatan makanan menyebut,Dari Jabir r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan piring.Dan Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya kamu semua tidak mengetahui di dalam makanan yang manakah terletaknya keberkatan itu.”(H.R.Muslim).Perkara-perkara makruh tentang makan adalah disebutkan di dalam satu hadis yang berbunyi;Dari Abu Juhaifah Wahab bin Abdullah r.a. berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:”Aku tidak pernah makan dengan bersandar.”(H.R.Bukhari)

Comments

Popular Posts