Salam Ramadhan dan selamat berpuasa



Alhamdulillah,telah tiba bulan Ramadhan yang mulia ini,semoga kita tidak mensia-siakan bulan 1000 rahmat ini yang hadir cuma sekali dalam setahun.Entahkan bertemu lagi entahkan tidak di tahun hadapan.Rebutlah peluang yang ada ini untuk meraih sebanyak-banyak pahala amal.Allahhu akbar,terasa kerdilnya diri.Mampukah diri mengharungi segala ujian ini?


Moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita;hambaNYA yang sentiasa dirahmati,In shaa Allah.Sebuah hadis menyebut tentang Ramadhan bulan rahmat yang berbunyi,Dari Abu Hurairah r.a.,katanya Rasulullah saw.bersabda;”Bila Ramadhan telah datang,maka dibukakan pintu syurga,dikunci pintu neraka dan diikat semua syaitan.”[HR Muslim]Bulan 1000 rahmat ini tidak hanya berkisar tentang makna puasa itu sendiri yang menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata, tetapi ia mencakupi lain-lain perkara seperti menjaga lidah dan mulut dari bercakap perkara yang sia-sia.Menjaga mata dan telinga dari penglihatan dan pendengaran yang juga sia-sia.Menjaga tangan dan kaki serta seluruh anggota pancaindera yang lain dari melakukan perkara-perkara yang dicegah dan dilarang yang bertentangan dengan nilai-nilai murni dalam ajaran agama itu sendiri.Semoga kita mengambil peluang yang hanya datang sekali dalam setahun ini untuk meraih sebanyak-banyak pahala yang Allah swt.anugerahi keistimewaannya di bulan mulia ini.


Salah satu contoh meraih pahala bersempena di bulan yang mulia ini ialah dengan amalan bersedekah.Sesuai dengan sebuah hadis yang menyebut,Dari Abu Hurairah r.a.,katanya Rasulullah saw.bersabda: “Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah tiap-tiap hari ,iaitu seperti mendamaikan dua orang yang berselisih,adalah sedekah.Menolong orang naik kenderaan atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan,itupun sedekah.Ucapan atau tutur kata yang baik,juga sedekah.Setiap langkah yang anda langkahkan pergi solat,juga sedekah.Dan menyingkirkan sesuatu atau membuangkan sesuatu yang membahayakan di jalan umum(jalan raya) adalah sedekah.”[HR Muslim]


Boleh klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar menarik dari boston tentang Ramadhan.

Comments

Popular Posts