Motivasi Hati





"Kekecewaan mengajar kita tentang erti hidup dan kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi 1001 cabaran dan dugaan di dalam kehidupan"


Kita tidak hidup untuk masa lalu yang telah menjadi sejarah.Mungkin sejarah itu ada pahit dan manisnya,hitam dan putih warna-warnanya,tetapi masa yang berlalu adalah pengajaran hidup dan kehidupan paling bermakna sebagai panduan di masa hadapan.Hiduplah dengan menjadi seorang yang optimistik dan bukan pesimistik supaya setiap ujian,cabaran dan dugaan berjaya diharungi dengan penuh keberanian demi sebuah kejayaan yang dikejari.Lupakan segala detik yang menyakitkan di masa lalu kerana,kita tidak hidup untuk terus sakit dan disakiti dengan apa jua kesakitan di masa lalu.Niatkanlah hidup dan kehidupan ini untuk kebaikan dan yakinlah selalu di hati,Allah SWT akan sentiasa bersama-sama hambaNYA yang sentiasa bersabar.Hiduplah dengan pemikiran positif dan penuh inspirasi pada hari ini dan hari-hari akan datang.Tenangkanlah jiwa dengan lima ubat penenang jiwa yang dipopularkan oleh Emha Ainun Nadjib di dalam buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' iaitu;cintakan Quran dengan memahami maksudnya,sujudkan jiwa dan raga di tengah kesunyian malam,sentiasa dekatkan dirimu dengan orang yang soleh,bertahan daripada rasa lapar dan jangan pernah bosan dengan keasyikan berzikir.(Dr Adi Hashman,2009)







"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat." ~ Joseph Conrad.


"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah."




"Tidaklah kamu tersesat selama mahu berpegang teguh kepada  Quran dan sunnahku" ~ Bukhari







Comments

Popular Posts