Tips Kurus Dari Uncle Kevin


Seronok juga baca tips dari Kevinzahri.com yang menyebut kesalahan-kesalahan yang sering 'diulang tayang' untuk mengurangkan berat badan.Sangat berguna kiranya dapat dikongsikan tips-tips tersebut dengan insan-insan yang disayangi dan dikasihi sekalian.Diantaranya ialah;


Skip/Langkau hidangan
Demi hendak kurus punya fasal,sanggup skip hidangan.Contohnya skip sarapan pagi/breakfast.Sebenarnya sarapan ini sebagai pencetus metabolisme.Metabolisme didefinisikan sebagai jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.Tubuh kita sebenarnya sentiasa membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika bahkan ketika kita sedang tidur!Tidak terhad ketika hanya sedang bersenam sahaja.Bayangkan apa akan berlaku pada metabolisme tubuh sekiranya kita melangkau waktu makan?Dari sumber manakah yang akan digunakan untuk membakar kalori sekiranya tubuh tiada tenaga?Jangan tunggu sudah masuk pejabat baru hendak sarapan.Sarapan di awal-awal pagi.


Cuma makan TIGA hidangan sehari
Amboi makcik,kak cik dan cik adik manis...demi hendak kurus juga potong habis daripada lima kali sehari kepada tiga kali sehari sahaja.Tak cukup!Tak cukup tu.Apa yang tak cukup?Oh,tak cukup sebenarnya untuk kawal nafsu makan yang pertamanya dan yang keduanya tidak cukup untuk tingkatkan metabolisme tubuh.Macam mana hendak kurus kalau macam itu?Sebaiknya disyorkan paling kurang makan LIMA kali sehari dan budget makan malam pun masih boleh selagi keperluan kalori kita tidak lari dari garis panduan yang ditetapkan.Ini tidak mengambil kira samaada kita hendak kurang,maintain atau tambah berat badan,waktu makan mesti LIMA kali.


Makan Tak cukup
Ini lagi satu masalah besar,sanggup berlapar diri seperti mogok lapar sepanjang hari.Jangan merugikan diri kita sendiri dengan sikap mogok lapar seperti ini demi menguruskan badan.Metabolisme kita akan jatuh dan sekaligus telah rugi dalam pembakaran kalori.Seperti yang telah ditulis sebelum ini,pembakaran kalori berlaku setiap masa seperti ketika membeli belah dan menonton televisyen.Kalau DCR kita 2000 kalori sehari,paling kurang makan dalam 1200 kalori.Apa yang penting kerap makan untuk kawal nafsu makan.Harus mahir dalam pengiraan kalori harian yang diperlukan tubuh dan sudah tentu pengiraan kalori harian adalah berbeza mengikut jantina,umur, tahap keaktifan seseorang.Lepas ini silalah berjumpa dengan pakar diet untuk pengiraan DCR anda.


Elak nasi
Boleh 'ketaq lutut' kata orang Utara kalau tak pekena nasi yang sememangnya makanan ruji masyarakat Malaysiaku tercinta.Tak faham 'lagu' mana depa boleh tahan diet sampai tak makan nasi?Menurut Uncle Kevin,dia sendiri pun makan nasi  DUA kali sehari tahu?Tapi dia ambil dalam segenggam tangan untuk satu hidangan.Bukanlah maknanya 'bertambah-tambah' nasi jika ada ikan bakar,air asam,kari kepala ikan dan segala ulam-ulaman kampung yang sememangnya 'menggiurkan' itu.Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik dan diakui boleh menggemukkan tetapi menurut Uncle Kevin lagi,kalau makan apa pun,bahkan 'oat' dalam kuantiti yang banyak 'tak hengat donia',tetap menggemukkan juga.Hi..hi..hi...


Ikut diet membuta
Hmmm...menarik juga,ada yang kata "Darling,i sekarang amalkan 'blood type diet","Mama sayang,i sekarang ikut diet high protein".Sebenarnya boleh dicuba tetapi janganlah ikut membuta.Pastikan kita faham dan perlu sebenarnya untuk kita mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet.Itulah nasihat bernas dari Uncle Kevin.


Harapkan makanan tambahan
Kita sebenarnya tidak boleh terlalu bergantung dengan makanan tambahan semata-mata yang harganya sahaja boleh menyebabkan kita mengikat perut dari 'bershopping' lipstik pink,blouse polkadot pinky,tudung  merah jambu dan segala-galanya tentang 'sorga donia'.Menurut Uncle Kevin,dia lebih prefer whey protein yang lebih ekonomi.Pastikan diet keseluruhan adalah baik,kehidupan yang cergas dan baharulah digabungkan dengan pengambilan makanan tambahan!


  • Tak tahu keperluan kalori diri
Macammana nak kawal makanan kalau kita sendiri tidak tahu pengiraan keperluan kalori seharian(DCR)?Kenalpasti terlebih dahulu DCR masing-masing sebelum mengambil sesuatu jenis makanan yang merupakan salah satu 'sorga donia' itu.Tak boleh main anggar-anggar atau agak-agak sahaja pengiraan DCR ini,nanti gagal menguruskan badan lagi.

  • Elak makanan tempatan
Sila jangan 'double standard' ya...Ada yang kata,"I tak makan mee goreng mamak Selim Kari Kapla Ikan,nasik lemak makcik Limah dan char kueh teow penang mali,tapi...i makan Ki eF Cy,Zinger ZBurger,Mc Donald Duck dan segala macam makanan barat."Selagi ia selari dengan keperluan kalori seharian kita(DCR),boleh sahaja kita menikmati makanan-makanan tempatan dan janganlah berlebih-lebihan.Makanan barat pun boleh menggemukkan jika diambil tanpa had kawalan.

  • Terlalu fokus kepada satu perkara
Ada yang hanya mengambil oats sahaja,atau air kosong sahaja demi untuk kurus.Diet yang baik bukanlah bergantung hanya kepada satu-dua jenis makanan sahaja tetapi merangkumi kesemua pilihan harian dan dalam jangka masa panjang.

  • Diet jangka masa pendek
Ramai yang salah faham berkaitan dengan diet.Ada yang menganggap ia suatu program 12 minggu atau 'short term'.Itu salah sebenarnya.Definisi 'diet' itu sendiri bermaksud 'amalkan pemakanan' dan bukannya 'crash diet';Pastikan diet kita merupakan program sepanjang hayat.


Akhir kata,selamat berjaya ;p







Comments

Popular Posts