Travelog Makan-makan





Bagi sesiapa yang singgah di Ipoh,bolehlah singgah makan di 'Restoran Salim Kari Kepala Ikan.'Alamatnya di No 75,Jalan Bahru,Off Jalan Tokong,31650 Ipoh,Perak Amanjaya.Lokasinya agak tersorok tetapi 'land mark' untuk sampai ke restoran ini adalah berhampiran dengan Sekolah Menengah Perempuan Methodist Ipoh.Diatas adalah pemandangan di pagi hari Restoran Salim yang menjadi kesukaan para pengunjung setianya,terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina dan India.Bolehlah disebut Restoran Mamak 1Malaysia.Kelihatan juga Cik Yanz dengan sabar menanti makanan dan minuman yang dipesannya.





Meriahnya...





Di antara makanan yang popular untuk sarapan pagi ialah 'roti sardin'.Dicicah pula dengan kari kepala ikan.Sudah pasti makan sehingga menjilat jari sampaikan tak perasan orang lain di kiri dan kanan,yang asyik memerhati ;p





Roti Sardin yang garing dan sedap ;p






Kegaringan Roti Sardin yang menjadi 'favourite' Cik Hanania Hanin





Roti telur 'favourite' Cik Mie dan Cik Yanz ;p






Ini dia tosei garing 'favourite' Cik Rina Haneykoma ;p





Opsss...pisang ni memang manis dan sedap ;p





Siapakah gerangan gadis-gadis ini?






Dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah ,syukur diatas nikmat Allah.Amin.

Comments

Popular Posts