Niat : Permulaan Segala Amalan
Daripada Amirul Mulminin Abu Hafs Umar bin Al Khattab r.a.,aku mendengar Nabi SAW bersabda ;'Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat.Setiap orang dinilai dengan niatnya.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.'
( Riwayat al Bukhari dan Muslim )
Tiada Pengecualian Menuntut Ilmu
Daripada Anas bin Malik r.a.,bersabda Rasulullah SAW ;'Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.' ( Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la )
Ganjaran Menyampaikan Ilmu
Daripada Abu Umamah al Bahili,Rasulullah SAW bersabda ;'Sesungguhnya Allah,malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi;hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.' ( Riwayat Al Tirmizi )
Menunjuk Contoh Teladan Yang Baik
Daripada Abu Mas'ud al Ansori r.a.,Nabi SAW bersabda ;'Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan,ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutnya.' ( Riwayat Muslim )
Melakukan Amalan Secara Berterusan
Daripada Aisyah r.ha.;Nabi SAW bersabda ;'Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.' ( Riwayat al Bukhari dan Muslim )
Dipetik Dari ; Diari Islam 2009 ( 1430-1431H )
Comments
Post a Comment