Isu Secangkir Kopi Rakyat Marhaen






Hidup tidak meriah tanpa kopi O dan roti bakar.Kalau di warung-warung kopi akan kelihatan 'sembang-sembang kopi O' di kalangan rakyat marhaen.Mungkin menu 'sembang-sembang kopi O' akan menyentuh banyak isu-isu dalaman mahupun luaran seperti isu baja subsidi,harga barang naik,pengangguran muda belia lepasan universiti,kisah ibu tunggal,cerita kematian ikan dituba sehingga adakalanya tersasar ke bab-bab gossip semata-mata.Pokok pangkalnya,hampirnya ketibaan PRU-13,sekali-sekala,tiada salahnya dan cacat celanya golongan pemimpin mengambil inisiatif 'turun padang' merisik dan mencelah di kalangan rakyat marhaen di warung-warung kopi sambil mendengar aduan dan keluh-kesah yang dilontarkan tanpa hijab dan tabir ini,barulah akan nampak kepincangannya di mana-mana supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan sehingga ke peringkat akar dan umbi.Persepsi negatif dan prasangka juga dapat dileraikan dengan penerangan yang lebih jelas berdasarkan fakta dan bukti.Pemimpin yang dimahukan rakyat sudah tentulah pemimpin berjiwa rakyat dan kita juga sebagai rakyat jangan hanya bertanya 'apa yang pemimpin telah lakukan?'tetapi turutlah bertanya 'apakah yang telah kita lakukan sebagai rakyat,yang cintakan keamanan dan keharmonian ini'.Berdoalah supaya dikurniakan pemimpin dan rakyat yang baik-baik.Amin ;p




KOPI 'O' KAW


Sedapnya menulis blog sambil menghirup secangkir kopi O yang hitam pekat beraroma wangi,asap berkepul-kepul.Jom pekena kopi!





Kopi bertambah nikmat dicicah dengan biskut kering 'cream cracker'.

Comments

Popular Posts