Keropok Lekor Best ;p


LOKASI PAKA YANG BERDEKATAN KERTEH


Paka merupakan sebuah bandar kecil yang didiami majoriti penduduk Melayu.Kebanyakan mereka menjalankan aktiviti ekonomi sara diri seperti bertani, menangkap ikan dan berniaga berskala kecil.Penemuan petroleum dan gas asli di luar pantainya pada tahun 1976 telah memberi kelebihan ekonomi kepada negeri tersebut. Berikutan royalti petroleum mula diterima pada 1978, ekonomi Terengganu telah distruktur semula. Penstrukturan ekonomi ini dilakukan bagi membolehkan Terengganu menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020 (Terengganu 1999a, 1999b; 2002 http://www.ukm.my/penerbit/sari/SARI23-05/sari23[02].pdf )sila klik di sini.Tetapi,apa yang hendak difokuskan di sini ialah tentang 'keenakan dan kesegaran' keropok lekor atau 'kepok lekor'....


PERUSAHAAN KEROPOK SECARA TRADISIONAL


Sesekali kalau singgah di Paka,Dungun,Terengganu...jangan lupa menjenguk di pusat pembuatan keropok di 'Keropok Sri Paka'.Ia terletak di nombor 246,Kampung Cacar Paka,Dungun,Terengganu(Depan Pusat Niaga Jalan Pantai).Perusahaan keropok ini dijalankan secara tradisional dan antara yang popular di sini ialah keropok lekornya yang terasa kesegaran isi ikannya selain terdapat keropok keping,keropok goreng dan isi ikan.Ikan kaya dengan sumber proteinnya.Sekali cuba pasti nak lagi!Memang berbaloi-baloi bagi pelancong yang ingin memborong keropok lekor yang segar dan enak rasanya.(Berdasarkan pengalaman penulis sendiri ya...)



SIGN BOARD KEROPOK SRI PAKA


Pusing-pusing sampai terjumpa 'sign board' ini ya...Jika tidak berjumpa,silalah mendail nombor telefon berikut ; 0179325772/0199044448





KEROPOK LEKOR SEGAR


Beginilah rupanya keropok lekor yang terasa isi ikannya... ;p




BERJENIS-JENIS KEROPOK KEPING


Berjenis-jenis keropok keping yang dikelaskan mengikut jenis ikan yang diproses.Ada yang diperbuat daripada ikan tamban,ikan parang dan lain-lain lagi.Tepuk dada tanya selera ya ;p



PEMANDANGAN ALAM YANG MENDAMAIKAN


Seronok tengok ombak yang memukul pantai,berhempas pulas bergulung-gulung.Sambil menunggu keropok lekor disiapkan,bolehlah jalan-jalan ambil angin sekejap di pantainya yang  bersih dan mendamaikan.Jalan kaki pun dah sampai ;p



















PAKA,DUNGUN;TERENGGANU DALAM MEMORI


Comments

Popular Posts