Jom Makan Ulam-ulaman





X: Jom makan ulam-ulaman!

Y: He..he..,i tak minat ulam-ulaman,tapi i minat salad dressing dengan mayonis.





Cuba sebutkan beberapa jenis ulam-ulaman seperti pucuk beka,gentang kerabu,buah ghuncak muda,pucuk muda geli-geli,pasti ternganga dibuatnya.Sekali-sekala dapat makan ulam-ulaman bercicahkan rencah sambal belacan,sambal tempoyak,sambal macang atau kuini,budu,cencalok atau air asam memang menyelerakan,kecur air liur dibuatnya.Ditambah pula dengan ikan bakar.Kalau di kampung sesekali berkumpul bersama sanak-saudara dan ipar duai,dapatlah merasa berjenis-jenis ulam-ulaman  segar bugar yang adakalanya susah benar untuk bersua di bandar.Itulah masalah orang bandar bila masuk kampung.Belum lagi bercakap soal khasiat ulam-ulaman dan rahsia awet muda...




Pernahkah kita  cuba untuk mengenali jenis-jenis ulaman di sekeliling kita serta khasiatnya setiap satu untuk kesihatan tubuh badan?Contohnya,pucuk muda bangun-bangun yang berkhasiat untuk melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar selain meningkatkan imuniti badan.Bayam pula sesuai untuk mereka yang kurang darah.Pucuk cermai pula dikatakan mampu merawat alahan kulit,penawar racun dan sesuai untuk pesakit darah tinggi.Daun saderi pula dipercayai berkhasiat merawat darah bertoksik,batu karang dan merawat mata yang kering.Walau apa pun khasiat ulam-ulaman,yakin dan percayalah kepada izin Allah SWT dalam menyembuhkan sesuatu penyakit di samping kita berusaha.



Rujukan lanjut boleh didapati daripada Buku 'ULAMAN DI SEKELILING ANDA'.Tulisan SITI FAUZIAH YUSOF.

Comments

Popular Posts