|
AMALAN MEMBACA MENGASAH MINDA
|
Statistik pinjaman bahan bacaan di Perpustakaan Negara ( PN ) pada 2011 menunjukkan peratus peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 33.2% bilangan pinjaman buku yang jika disebut dalam bentuk nilai menyamai 1.03 juta buku dipinjam pembaca tempatan berbanding 776,347 pada tahun 2010.(Berita Harian;24 April 2012 )
Ternyata,peningkatan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia memberikan impak yang positif dalam memartabatkan ilmu pengetahuan seiring visi dan misi negara mencapai negara maju menjelang 2020.Namun,apakah teknik terbaik dalam menguasai pembacaan itu sendiri?Langkah-langkah membaca secara kritikal adalah;
- Lihat seimbas dahulu,berikan perhatian tajuk,amati secara sepintas lalu rajah-rajah,peta,jadual,carta,gambar dan lain-lain.Lihat juga soalan-soalan,kulit belakang.
- Tulis sebarang persoalan jika timbul.
- Baca pendahuluan dan baca kesimpulan.
- Baca pula perenggan demi perenggan.
- Jangan pindah perenggan jika perenggan yang dibaca itu samar-samar.
- Garis atau tanda pada fakta-fakta yang penting.
- 'Highlight' setiap kata kunci.
- Gunakan kod warna setiap nama dan jenis.
- Yakinkan diri yang anda mampu memahami.
- Selesai membaca,buat gambaran apa yang anda baca tadi.
|
AMALAN MEMBACA AMALAN MULIA
|
Untuk mengetahui keberkesanan membaca,isikan satu borang yang mengandungi persoalan berikut;
- Apa yang sudah diketahui?
- Apa yang hendak diketahui?
- Apa yang telah saya perolehi?
- Apa maklumat yang saya perlu?
Selain daripada itu,perkara-perkara berikut mestilah diambilkira sebelum membaca iaitu;
- Pilih masa yang sesuai.Pilih masa yang tidak ada gangguan.
- Jangan terlalu letih dan terlalu kenyang.
- Waktu Subuh adalah waktu yang paling berkesan.
- Cari suasana yang selesa seperti terang,nyaman,bersih.
- Pastikan kedudukan yang betul dengan buku yang jaraknya lebih kurang satu kaki.
- Mulakan bacaan dengan bacaan Bismillah dan doa penerang hati.
|
MEMBACA WALAU DI MANA SAHAJA
|
(Sumber;Utusan Pengguna Jan-Feb 2009)
Comments
Post a Comment