Ada Apa Pada Angka?




'Kepada Allah-lah kamu kembali.Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.'[Surah Hud 11:4]


Apakah perasaan kita setiap kali meraikan ulang tahun hari kelahiran pada setiap tahun?Seharusnya kita memanjatkan kesyukuran ke hadratNYA diatas kurniaan usia yang diberikan.Firman Allah yang bermaksud;'Kamu (umat Islam)adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh (berbuat)yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah.'[Surah Ali 'Imran 3:110]Alangkah baik sekiranya kita dapat menghayati maksud firman Allah dalam ayat tersebut dan melengkapkan diri kita dengan sebaik-baik amalan sesuai dengan falsafah 'umat yang terbaik' dilahirkan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar dan tidak baik.Semoga kita di dalam kalangan hamba-hambaNYA yang soleh dan solehah disisiNYA dan agamaNYA.


Kita juga tidak boleh leka dan lengah dengan pertambahan angka setiapa kali menjelang ulangtahun hari lahir.Bukankah angka-angka itu bermakna semakin hampir kita kepada ajal seperti yang telah termaktub dalam kalam Tuhan sebagai qadak dan qadar yang telah diTakdirkan?'Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu) .Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.'[Surah Al A'raf 7:34]Walaupun ada sesetengah daripada kita menyebut;'ada apa pada angka?'.Begitu besarnya makna angka-angka tersebut  bagi insan kerdil seperti kita,hambaNYA yang akan dipersoalkan kelak segala sisa-sisa usia yang diberikan.Semoga nyawa yang dipinjamkan olehNYA akan memberikan kita inspirasi untuk terus mengaudit kualiti amalan dengan mendekatkan diri kepada pahala dan menjauhkan diri dari dosa.Semoga kita menjadi hamba-hambaNYA yang diberkati usianya.Amin.

Comments

Popular Posts