Hargai Masa




'Demi masa.Sungguh manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling manasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.'[ Surah Al-'Ashr 103;3 ayat ]


'Dari Ibnu Mas'ud r.a.,beliau berkata tentang kegelisahan urusan dunia dan akhirat : Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda ; "Barangsiapa yang menjadikan semua kegelisahannya hanya kegelisahan pada memikirkan keadaannya di hari kiamat,maka Allah akan mencukupkannya dari kegelisahan dunia,dan barangsiapa yang kegelisahan hanya tentang keadaan dunia,maka Allah tidak peduli di lembah mana dia akan binasa."[Hadis riwayat Ibnu Majah]


Masa yang pergi tidak akan berulang kembali.Kegagalan merancang masa adalah kerugian yang sangat besar kerana masa ibarat emas yang perlu dihargai dan ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu ;

  • Sihat sebelum sakit
  • Muda sebelum tua
  • Kaya sebelum miskin
  • Lapang sebelum sempit (sibuk)
  • Hidup sebelum mati

Allah berfirman di dalam surah Al-An'am yang bermaksud ; 'Barangsiapa berbuat kabaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya.Dan barangsiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya.Mereka sedikit pun tidak dirugikan(dizalimi).'[Al-An'am 6:160]

Semoga kita menjadi hamba-hambaNYA yang tidak muflis di akhirat kelak ,dengan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan kebajikan walau dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara.





Comments

Popular Posts