Info Kandungan Minuman 3 Dalam 1
- Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut
- Selain gula,krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
- Turut mengandungi kafein yang menyebabakan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam
- Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori
- Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi
- Jika diambil tiga paket sehari,ia bersamaan dengan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan
- Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali,kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperolehi
[Sumber: Program Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM]
Comments
Post a Comment