Peristiwa Pengorbanan Nabi Allah








Makna yang paling besar dalam sambutan Hari Raya Korban adalah tuntutan semangat untuk berkorban itu sendiri.Menyingkap dua peristiwa penting tentang 'pengorbanan' yang begitu popular tercatat di dalam Al Quran iaitu peristiwa yang pertama tentang kisah pengorbanan dua orang anak Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil dan peristiwa kedua tentang Nabi Ibrahim dengan anaknya yang tercinta,Nabi Ismail.Di dalam Al Quran menyebut tentang pengorbanan dua putera Nabi Adam ;'Ketika keduanya mempersembahkan korban,maka (korban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) diterima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima.Dia (Qabil) berkata,"Sungguh,aku pasti membunuhmu!" Dia (Habil) berkata,"Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa." '[Surah Al-Maidah 5:27]Jelas di sini,Allah hanya menerima pengorbanan putera Nabi Adam yang pertama yang tulus ikhlas dan berniat mendekatkan diri dengan Allah dan boleh dianggap pengorbanan yang berkualiti,baik dan sempurna.


Di dalam surah Ash Shaffat mencatatkan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ;"Wahai anakku!Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!"Dia Ismail menjawab,"Wahai ayahku!Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu;Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar"[37:102]Apakah agaknya perasaan kita sebagai seorang ibu dan ayah sekiranya anak kita diminta untuk dikorbankan?Subhanallah...lihatlah betapa agungnya ketulusan hati Nabi Allah Ibrahim menghadapi ujian Allah dengan taat, yakin dan sabar maka akhirnya Allah melarang menyembelih Nabi Ismail a.s dan untuk meneruskan korban,Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing) yang besar seperti yang difirmankan;'Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.'[Ash Shaffat 37:107].Dan peristiwa ini juga menjadi dasar disyariatkannya korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji nanti.Bermula 10 Zulhijah juga sehingga Hari Tasyrik ketiga iaitu 11,12 dan 13 Zulhijah kita disunatkan untuk melaungkan Takbir Hari Raya dengan semangat pengorbanan yang tinggi di hati.


Nabi SAW bersabda,'Tiada sesuatu amalan anak adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota,cukup bulunya,tanduknya,kuku-kukunya.Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT sebelum mengalir ke tanah.Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.'[HR Tarmizi,Ibnu Majah dan Hakim]



Semoga korban kita di dunia ini diterima Allah SWT dan dipenuhi dengan hati yang tulus dan ikhlas seperti yang tercatat dalam surah Al Hajj yang bermaksud;'Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah ,tetapi yang sampai kepadaNYA adalah ketakwaan kamu'[22:37].




Comments

Popular Posts