Lima Perkara Dalam Bersabar Menghadapi Ujian Allah




Subhanallah,Alhamdulillah,sempat juga ambil 'main point' yang digariskan oleh Sheikh Yahya dalam slot 'Overcoming Hardship' TV 9 pagi tadi sempena takzirah di pagi Hari Raya Korban untuk dijadikan perkongsian dengan rasa rendah hati.Beliau ada memetik buku karangan Imam Al Ghazali yang menggariskan tentang lima panduan dalam bersabar menghadapi ujian Allah iaitu;Amanah terhadap Allah S.W.T. dengan melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang walau pada saat itu kita diuji dengan sehebat-hebat dugaan dan cabaran,percayalah;kita pasti diuji Allah dan ujian hadir dalam berbagai bentuk dan cara.Yang kedua,kita dituntut untuk berdoa,kita jangan pernah melupakan doa dan tidak hanya meminta ketika berada di dalam kesusahan dan kesulitan, sebaliknya perlulah dijadikan amalan walau apa jua situasi suka duka yang kita hadapi.Beliau memberi contoh bagaimana para ambiya' menadah tangan untuk berdoa kepada Tuhan dengan bait-bait doa yang meluluhkan hati dan perasaan sesuai dengan kedudukan kita sebagai 'hamba Allah' yang serba lemah dan daif ini.Mengadulah hanya pada Allah.Allah Maha Mendengar.Amalan bersedekah secara diam-diam ,amatlah mulia untuk diamalkan kerana melalui sedekah,segala kegundahan di hati akan terhapus.Allah menjanjikan ketenangan untuk mereka yang bersedekah.Berpuasa dapat melembutkan hati-hati yang keras.Nabi SAW berpuasa setiap masa,setiap Isnin dan Khamis malah pada setiap 13,14 dan 15 pada setiap bulan.Berpuasa mendidik hati dan perasaan untuk lebih berdisiplin dan bersabar.Akhir sekali,jangan kita lupa untuk berselawat ke atas Nabi junjungan kita yang paling 'terhebat' ujian hidupnya dan ujian yang dihadapi Nabi SAW perlu kita insafi dan jadikan iktibar kerana kita sebagai manusia biasa yang serba lemah ini, belum mampu untuk menghadapi ujian sehebat baginda.Seperti yang kita sedia maklum,terlalu banyak fadhilat dan kebaikan dalam berselawat ini yang sesuai dijadikan pembasah lidah setiap hari.


Semoga dengan 5 panduan yang digariskan ini,menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan tenang dalam menghadapi ujian Allah di dunia yang bersifat sementara ini.Firman Allah yang bermaksud;'Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,(iaitu)orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka berkata "Innalillahi wa inna ilaihi rajiun"(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNYA lah kami kembali)' [Surah Al Baqarah 2:155-156]



Comments

Popular Posts