Detik waktu; saat,minit,jam dan hari



Masa yang berlalu tak mungkin akan kembali.Hargai masa adalah perkataan yang paling tepat buat masa ini.1 saat yang hilang adalah bersamaan dengan 1 minit yang hilang.1 minit yang hilang adalah bersamaan dengan 1 jam yang hilang.1 jam yang hilang adalah bersamaan dengan 1 hari yang hilang dan setiap saat,minit,jam dan hari adalah putaran-putaran yang setiap detiknya adalah 'harga-harga' yang sukar untuk diganti kembali sekiranya kita sering mensia-siakannya.Hargai masa muda sebelum tua,senang sebelum susah,lapang sebelum sibuk,sihat sebelum sakit,hidup sebelum mati.Allah SWT berfirman;"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir,dan(apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?"(Fathir:37)


Kehidupan yang sementara ini perlulah dihargai dengan amalan-amalan baik yang berharga di kemudian hari.Kita tidak dapat menduga sejauh manakah detik masa dan waktu yang masih berbaki dan bersisa untuk kelangsungan yang seterusnya.Semoga semalam yang telah berlalu adalah sebagai pengalaman dan pengajaran untuk mengutip mana yang baik untuk diteladani dan mana yang buruk untuk dibuang jauh.Carilah sisi-sisi kehidupan yang lebih baik di sekeliling kita agar masa yang masih bersisa dan berbaki ini dimanfaatkan sepenuhnya.Kita bakal dipertanggungjawabkan nanti di akhirat ke manakah setiap saat,minit,jam dan hari yang pernah kita lalui di dunia ini oleh Yang Maha Esa.


Seorang tua dengan kedut seribu,masih berbudi kepada tanah dengan bercucuk tanam berjenis-jenis tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.Katanya,tidak rugi berbudi kepada tanah walaupun usianya(masanya) di penghujung senja.Hasilnya nanti masih boleh dinikmati oleh anak menantu dan cucu cicitnya.Itulah kepuasan baginya.Masa sangat berharga,jangan mensia-siakan walau sesaat.

Comments

Popular Posts