Juadah di hari raya

Mood raya kedua.Meraikan kemeriahan lebaran tidak lengkap rasanya tanpa lemang,ketupat dan rendang.Hihihi...baru nak bergembira dengan nikmat makanan di 1 Syawal,rupa-rupanya Mr Kevin Zahri sudah post awal-awal panduan kalori makanan popular hari raya yang menjadi favourite rakyat Malaysia :) Sepotong lemang anggaran 35gram = 82kcal, sebiji ketupat palas = 124kcal dan rendang dengan dua keping daging kecil berjumlah 64kcal.Biskut tat sekeping pun dalam 35kcal...dah tentu bermacam-macam biskut yang disuap ke dalam mulut.Darablah berapa biji semuanya...Apa-apapun,bersederhanalah dalam menikmati juadah istimewa di hari raya...walaupun ada yang kata setahun hanya sekali :) 



Panduan Kalori Makanan Popular Hari Raya


Hurmmm...tak boleh tahan lah macam ini.Rumah sebelah kanan ada ketupat,rumah sebelah kiri ada lemang,rumah kat depan ni pun ada ketupat dan lemang sama rendang ayam.Jom kita tengok pula kalori lemang dan rendang ayam oleh Medik TV...




Kalori Lemang dan rendang ayam



Walaupun kita sedang berseronok meraikan lebaran,janganlah pula kita terlupa terhadap sistem penghadaman kita yang memerlukan 'waktu-waktu bertenang'.Bayangkan,perut kita telah terbiasa selama sebulan berpuasa,menahan lapar dan dahaga mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan,tiba-tiba apabila tiba hari raya...kita pula dok pulun sakan makan tak ingat dunia?Perut kita terbahagi kepada 3 bahagian,iaitu bahagian pertama untuk diisi dengan makanan,bahagian kedua pula untuk diisi dengan air dan bahagian ketiga untuk diisi oleh udara.Pastikan kita makan mengikut ketetapan yang telah ditentukan dan berhenti sebelum kenyang.Sila kawal nafsu makan kita yang tak pernah habis itu.Hihihi...Mari kita dengar pendapat Mr Kevin tentang rasa letih atau penat di hari raya....




Perut pun terkejut?



Sila jangan membazir sewaktu menikmati juadah di hari raya.Nampak ketupat,kaut dalam pinggan dekat tiga biji,nampak mee goreng special,kaut lagi tiga empat senduk,lepas tu nampak sate kajang Haji Samsuri,pulun dekat 10 batang...Nampak macam larat nak habiskan,rupanya masuk tong sampah sebab terlalu kenyang.Ingat ya,membazir amalan syaitan.Pastikan kita mengambil makanan di dalam kuantiti yang kecil dan diperlukan sahaja sambil beringat,ramai lagi insan-insan di luar sana yang tidak cukup makanan dan hidup dalam kemelaratan.Bersyukur dengan nikmat yang ada...




Comments

Popular Posts