Hari Raya

Takbir Raya


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah diatas hari kemenangan yang diraikan setelah hampir sebulan berpuasa,menahan diri dari lapar dan dahaga.Kita juga tidak lupa untuk bertakbir,bertasbih dan bertahmid di malam raya sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan menyambut lebaran yang mulia.Ucapan-ucapan seperti "Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu."memeriahkan pertemuan dan mengeratkan lagi tali siraturahim sesama kita di hari yang mulia ini diantara yang muda dan tua,yang miskin dan kaya,yang jauh dan yang dekat.Hari raya yang disambut seharusnya bersifat sederhana dan kesederhanaan itu sebenarnya yang dituntut oleh agama.Tidak perlulah membazir dengan berbelanja sakan sehingga berhabisan wang ringgit tanpa had dan batasan.Berbelanja secara bijak dan berhemah mengikut kepentingan dan bukannya mengutamakan nafsu.Dalam zaman serba 'di hujung jari',adakalanya tanpa kita sedari,iklan-iklan yang menarik hati yang ditawarkan secara dalam talian hanyalah bersifat menarik perhatian seterusnya menjadikan kita terpengaruh untuk memilikinya.Kita seharusnya bertanya di dalam hati,adakah perkara-perkara tersebut yang kita benar-benar perlukan atau sekadar terpengaruh kerana nafsu?Bukan semua item lama perlu ditukar baru,asalkan masih elok dan boleh digunakan,adalah lebih baik untuk dikekalkan.Kita juga perlu memikirkan risiko yang bakal kita terima sekiranya berbelanja mengikut nafsu.Semoga segala amalan baik yang dilakukan sepanjang Ramadhan akan berterusan  membentuk sahsiah dan keperibadian dengan lebih baik,In shaa Allah.Raikan lebaran dengan penuh rasa kesyukuran !

Comments

Popular Posts