Itulah Takdirnya Milik Allah


Arnoud Van Doorn,salah seorang penerbit filem Fitna


Sesungguhnya,hidayah itu milik Allah.Hanya Allah Swt.yang berkuasa menghadirkan hidayah-Nya buat hamba-hamba-Nya yang terpilih.Tiada siapa menduga Arnoud Van Doorn,salah seorang penerbit filem Fitna yang pernah mengundang kontroversi dan kebangkitan umat Islam di seluruh dunia akhirnya kembali ke pangkuan Islam meninggalkan ajaran kristian yang dianutinya selama ini.Fitna yang ditayangkan di internet pada tahun 2008, merupakan sebuah filem pendek berdurasi 17 minit yang diterbitkan oleh ahli parlimen Belanda ( Parti Pembebasan Belanda;PVV ) yang diketuai Wilders.Kebangkitan seluruh umat Islam menentang tayangan Fitna yang memaparkan unsur-unsur penghinaan terhadap Al Quran yang telah dimanupulasi bersama klip video tindakan keganasan oleh pemuda Islam telah menyuntik hidayah kepadanya untuk memeluk Islam sambil didorong rasa ingin tahu yang terdetik di hatinya!Beliau menghabiskan masanya selama hampir setahun untuk mengkaji Al Quran,Sunnah dan sejumlah rujukan Islam serta turut berdialog dengan masyarakat Islam bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang keindahan Islam.Beliau telah membuat keputusan untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah bagi tujuan menyucikan diri dan memohon maaf.


Sebuah hadis menyebut;Rasulullah saw.bersabda;"Sesungguhnya setiap daripada kamu berada dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa setitis air mani,kemudian berupa segumpal darah dalam waktu yang sama,kemudian berupa segumpal daging dalam waktu yang sama,kemudian diutus Malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan diperintahkan menetapkan ketentuan iaitu rezekinya,ajalnya,amal perbuatannya,derita dan bahagianya.Demi Allah,tiada Tuhan melainkan Dia,sesungguhnya seseorang diantara kita melakukan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antara dia dan syurga kecuali hanya sehasta,tetapi Takdirnya telah ditetapkan sebelumnya,kemudian dia melakukan amalan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka.Sesungguhnya seseorang diantara kita melakukan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antara dia dan neraka kecuali hanya sehasta,tetapi Takdirnya telah ditetapkan sebelumnya,kemudian dia melakukan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga." (H.R. Bukhari dan Muslim)


Sesungguhnya,syurga dan neraka hanyalah milik Allah dan berdoalah kita untuk terus beristiqamah dengan amalan yang baik dan berteraskan Al Quran dan sunnah,semoga Takdir hidup dan mati kita adalah yang terbaik di sisi-Nya dunia dan akhirat.Amin.

Comments

Popular Posts