Berinfaklah demi Allah...


Berinfaklah dalam meluaskan  mesej dakwah demi Allah...



Hati menjadi sayu apabila melihat status yang tertulis di laman facebook.Saya kira itu adalah luahan tulus dari lubuk hati yang ikhlas.Jalan untuk berdakwah bukan semudah 1,2,3...Ada pengorbanan yang bukan sedikit untuk dikorbankan.Bukan lagi persoalan sukar itu sendiri yang mesti dijawab, tetapi bagi masyarakat seperti kita perlu ada sedikit keprihatinan untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan dalam melengkapkan misi dan visi dakwah yang semakin tenat dan penat akibat kekangan tenaga,masa dan dana itu sendiri.Pernahkah kita sebagai masyarakat untuk bertanya di manakah kita ketika insan-insan mulia ini bergelut dengan seluruh kepayahan dan kesukaran setiap siang dan malam dalam mengembangkan visi dan misi dakwah mereka ?

Berinfaklah walau tidak banyak demi meringankan bebanan para pendakwah yang telah mengabdikan seluruh kehidupan mereka dengan jalan yang sangat mulia ini.Walaupun mereka tidak pernah meminta-minta tetapi,ingatlah sifir pahala yang dijanjikan  Allah SWT di sana nanti yang menyebut;

'Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji.Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki,dan Allah Maha luas,Maha Mengetahui.'[Al Baqarah;261]

'Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah,kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima),mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka.Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.' [Al Baqarah;262]

Bersyukurlah kita kepadaNYA kerana masih ada insan-insan yang sudi berjuang demi menyebarkan mesej Islam yang sangat indah ini.Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi Islam tercinta. Justeru;apakah peranan kita dalam meringankan beban para pendakwah ini?Semoga ketenangan dan kebahagiaan menjadi milik kita semua dengan menghulurkan infak kepada mereka selain yang memerlukan   : D




Comments

Popular Posts