Versi Lama

'Sempena 55 tahun kemerdekaan,kita imbas kembali versi barang lama sambil menghayati makna kemerdekaan'



Dulu-dulu,kalau hendak menumbuk padi ,kita guna "lesung kaki".Lesung kaki ni digunakan untuk mengasingkan hampas padi dan seterusnya menghasilkan beras.Dapat la kome merasa beras yang paling enak di dunia.Kome,moh kita bersyukur lagi...

Masa kecil-kecil dahulu,inilah "label lama susu pekat manis".Kalau bancuh kopi atau teh,wajib ditambah susu ini.Kalau diamalkan selalu tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan gula tinggi dan penyebab kepada diabetis,obesiti dan sebagainya.


Ada sesiapa yang masih menyimpan "permainan lama yang diperbuat daripada tin?"Dulu-dulu,kebanyakan permainan daripada tin.Lebih tahan lasak.

"Tin milo lama".Suka sangat bancuh milo pekat-pekat.


Inilah yang dinamakan "seterika arang".Nenek moyang dahulukala kalau hendak seterika pakaian,terlebih dahulu mestilah membakar arang dan arang yang berbara panas-panas itu dimasukkan pula ke dalam seterika ini.Dahulukala manalah nak ada elektrik.Bersyukur lah kome,zaman sekarang senang kerja kome ye tak?Jom kita nyanyi...lain dahulu,lain sekarang...mari bersyukur kepada Tuhan.


Kome,ini dinamakan "radio antik".Tapi awas,kalau di zaman Jepun atau zaman ubi kayu,sesiapa yang ada radio ini akan ditangkap samurai Jepun.Hehehe...tak percaya,kome tanya ler tok wan kome :)



"Cawan kopi antik".Cantikkan?Kome ada koleksi cawan macam ini?Boleh buat muzium kome...


Ini dinamakan "lesung penggiling cili" dan sebelahnya itu,"lesung penumbuk cili".Dulu-dulu,siapa nak jadi menantu,kome wajib menunjukkan kepakaran dalam menggiling cili.Tak tahu lah pula mika,dema kata kononnya sedap bebenor masakan kalau menggunakan peralatan antik ini.Apa kata kome cuba dan hidang pada mak mertua sama pak mertua.Hehehehe :)


Cantiknya "teko dan cawan bunga kangkung" ni.Kalau jiran tetangga datang berziarah kome,jangan lupa...hidangkan kopi panas-panas menggunakan set antik ini.Terasa ala-ala di zaman Hang Tuah ya :)


Namanya "kukur nyior" atau "kukur kelapa".Sapa pandai kukur kelapa guna ini memang bertuah...



 "Mesin penggelek getah".Kalau malas nak buat sekerap getah,kome buat ja getah keping ! Guna lah penggelek getah ni...



Kalau nak tengok lagi macam-macam barang antik yang susah hendak jumpa,sila klik pada link ini :





Comments

Popular Posts