Insan-Insan Di Sekeliling Kita





Di sekeliling kita,ada insan-insan yang pelbagai ragam dan laku.Ada yang positif dan ada yang negatif.Kadang-kadang,mendepani dengan kepelbagaian ragam mereka sahaja sudah membuatkan kita dibebani dengan pelbagai rasa.Kita akan rasa seronok,tenang dan bahagia jika mereka yang berdampingan dengan kita adalah seorang yang positif dan sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan.Pergaulan dan cara hidup adalah penentu masa depan akhirat kelak.Rakan-rakan kita adalah cerminan diri kita dan oleh itu,pemilihan mereka di dalam kehidupan kita adalah salah satu penentu kejayaan kita di dunia mahupun akhirat kerana kita boleh jadi positif atau negatif melaluinya. Sekiranya kita mampu untuk menarik mereka ke arah yang positif dan lebih baik,maka itu adalah yang terbaik;tetapi sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk mengubahnya malah boleh terpengaruh pula dengan impak negatif tersebut,maka adalah lebih baik jika menjauhkan diri dari mereka dalam mendapatkan 'redha' Allah.Semoga dengan itu,kita berupaya melindungi diri daripada terjebak kearah perkara-perkara yang tidak baik dan membina motivasi diri ke arah yang lebih cemerlang.Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita dipertemukan dengan insan-insan yang sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan dan menjauhkan kita daripada perkara yang mendatangkan murka Allah SWT.Sudah bertemukah anda dengan sahabat yang sedemikian? ;p


Comments

Popular Posts