Roti Tawar Keras Dan Air Kosong




Khalifah Umar Abdul Aziz ketika dihidangkan dengan roti berintikan daging yang dihiris kecil-kecil oleh isterinya Fatimah,lantas beliau bertanya kepada isterinya dari mana dia mendapat peruntukan untuk menyediakan roti yang dianggap istimewa itu kerana menu harian khalifah hanyalah roti tawar yang keras dan air kosong semata-mata.Fatimah menyatakan peruntukan didapati melalui wang belanja yang diberi khalifah dan dikumpul selama sebulan sebanyak tiga setengah dirham.Mengetahui keadaan itu,khalifah Umar Abdul Aziz mengarahkan wang belanja bagi keluarganya dipotong sebanyak tiga dirham.Khalifah memakan sedikit daripada roti itu bersama pembantunya dan selebihnya disuruhnya pembantunya mendermakan roti tersebut kepada anak yatim.Hebatnya khalifah Umar Abdul Aziz,seorang penguasa yang amanah dan berkeperibadian mulia.Mampukah kita menjadi sepertinya?




Dipetik dari : Cerita-Cerita Motivasi Untuk Pemimpin
Penulis : Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah & Fauzul Na'im Ishak

Comments

Popular Posts