Pasangan Sempurna







Manusia sering mencari pasangan yang sempurna untuk menjadi teman hidup namun seringkali kecewa kerana tiada manusia yang sempurna. Manusia juga terlupa melihat dan bertanya adakah dirinya sempurna.

Mencari pasangan hidup bukanlah mencari pasangan yang sempurna tetapi pasangan hidup adalah pelengkap kehidupan. Kedua-dua pihak saling lengkap-melengkapi;

"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka."

(al-Baqarah 2:187)

Sumber:Firdaus Wong Wai Hung

Walau dengan siapapun Allah jodohkan kita,'bersyukurlah' dengan kelebihannya dan 'bersabarlah' dengan kekurangannya.

Cara menangani perbezaan dengan pasangan:

1. Menerima perbezaan antara pasangan seadanya

2. Biar berbeza dari segi pendekatan tetapi pastikan prinsip yang sama

3. Berkenalan secara berterusan untuk mengenali dengan lebih mendalam pasangan kita

4. Mengawal emosi dapat membantu pasangan berada dalam keadaan tenang dan rasional

5. Sentiasa mendengar pandangan secara rasional dan bukan emosi

6. Jangan bersangka buruk terhadap pasangan





Untuk bahagia dalam rumahtangga mesti membina ikatan yang kuat dengan Tuhan terlebih dahulu




Comments

Popular Posts