Buang Perasaan Negatif Jauh-Jauh



Kadang-kadang dalam hidup ini,kita lebih suka memikirkan perkara-perkara yang membuatkan kita berasa susah hati.Susah hati adalah satu lagi stigma berunsur negatif(-).Contohnya;pagi-pagi selepas 'punch card' kita bebankan minda dan fikiran kita dengan memikirkan tentang 'date line' sesuatu tugasan yang perlu disiapkan.Itu belum masuk perkara-perkara negatif lain yang kita 'membakulsampahkan' ke dalam kotak pemikiran kita seperti suasana dan persekitaran tempat kerja contohnya. Maknanya putaran hidup kita dalam 24 jam hanya asyik fikirkan 'susah hati'.Bila kita telah 'setting' di dalam minda untuk susah hati maka 'result' yang kita akan dapat pun susah hati jugalah.Bila kita fikirkan yang negatif,maka hasilnya juga adalah sama dengan negatif.Merujuk kepada kata-kata Mahatma Gandhi;'Manusia adalah hasil dari pemikirannya,apa yang difikir,itulah dirinya.'Bukankah dengan berfikiran negatif, kita telah hilang sebahagian daripada kebahagiaan di dalam hidup kita yang sepatutnya kita nikmati?

Setiap kali apabila kita menghadapi kesusahan,kegagalan dan kesulitan di dalam hidup,maka kita akan berasa susah hati dan minda serta tenaga kita terfokus untuk memikirkan perkara-perkara yang negatif yang hanya akan membuatkan kita untuk menyakiti diri kita sendiri.Lebih baik kita menukarkan pemikiran yang negatif tersebut menjadi positif.Kenalpasti punca masalah dan belajar untuk mencari jalan penyelesaian dengan kesabaran dan berlapang dada.Jangan terlalu banyak mengeluh kerana dengan mengeluh,pemikiran kita semakin terbeban dan menyempitkan daya fikir kita untuk mencari  lorong-lorong jawapan bagi penyelesaian masalah tersebut.Ucapkanlah perkataan-perkataan yang positif dan elok-elok sahaja untuk didengari setiap hari kerana ia adalah satu doa untuk memotivasikan diri.

Yakinlah,setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.Hidup bukan untuk mengalah tetapi cabarlah diri untuk berani mengharungi walau apa jua cabaran dan dugaan di hadapan.Bob Richards ada menyebut;'Ia mungkin kedengaran aneh,namun ramai yang menjadi jaguh melalui kegagalan.'

Mendekatkan diri dengan Tuhan dan berdoa adalah langkah terbaik  dalam menjauhkan diri kita daripada diserang agen-agen negatif kerana kekuatan dari dalam diri itu akan  hadir melalui pertolongan dariNYA.

Comments

Post a Comment

Popular Posts