Cameron Highlands
Cameron Highlands ;19012013 |
Lama sudah tidak berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron Highlands.Apakah yang sinonim apabila menyebut Cameron Highlands selain ladang tehnya yang luas terbentang kehijau-hijauan itu?Pasti tergambar di fikiran,buah strawberinya yang kemerah-merahan itu dan boleh dipetik untuk dinikmati deria rasa.Kita juga akan teringatkan menu istimewa kegemaran penyanyi tersohor negara,Datuk Siti Nurhaliza dengan strawberi yang dicelup coklat!Mungkin juga sesetengah orang akan membayangkan bermacam bentuk dan warna kaktus kegemarannya yang banyak terdapat di sini.Begitulah warna-warni Cameron Highlands.Setiap orang ada memorinya di sini.Sekali-sekala apabila menjejakkan kaki ke Cameron,kelihatan juga perubahan yang sekali pandang seolah tidak kelihatan.Permulaan perjalanan sekiranya melalui Simpang Pulai,akan kelihatan gerai-gerai di kiri dan kanan jalan yang penjajanya terdiri daripada masyarakat orang asli dengan hasil hutannya seperti petai dan madu hutan berwarna putih susu dan gelap keperang-perangan.Semakin jauh keatas,bermacam-macam pemandangan yang akan kita saksikan.
Bagi saya,ada pro dan kontranya pusat peranginan terkemuka yang saban kali dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara ini.Tidak dinafikan,keindahan ladang teh yang berbukit-bukau saujana mata memandang adakalanya dicemari dengan sesetengah pemandangan lain yang menyakitkan mata seperti kesesakan di kiri dan kanan bahu jalan dengan pembangunan yang tidak terkawal.Potensi hakisan tanah berlaku ada risikonya selain masalah-masalah lain seperti tanah runtuh akibat lereng bukit ditarah untuk tanam-tanaman seperti sayur-sayuran dan bunga-bungaan,pencemaran air sungai dengan keladak,debu-debu yang berterbangan di udara dan lain-lain lagi.
Keindahan Ladang Teh Cameron |
Comments
Post a Comment