Oh kacang merah !


Kuih Dorayaki Dan Inti Kacang Merah






Tiba-tiba sahaja cerita fasal '1001 khasiat kacang merah' meniti dari bibir ke bibir, semenjak rahsia kecantikan kulit halus-mulus gadis-gadis Jepun didedahkan media.Mungkin selepas ini,pakar-pakar kecantikan kulit dari seluruh dunia akan mengkormesilkan pula produk-produk berasaskan 'kacang merah' secara kreatif dan inovatif,setanding dengan pakar-pakar masakan dari seluruh dunia yang telah menghasilkan beratus-ratus jenis resepi yang berasaskan 'kacang merah'. Dipercayai,kulit halus-mulus gadis-gadis Jepun adalah hasil daripada amalan penggunaan sejenis kacang merah (kaya dengan vitamin B6) yang disebut sebagai 'azuki' ;yang dimanfaatkan sebagai skrub muka.Skrub muka ini bertujuan untuk menanggalkan noda dan sel-sel kulit mati yang gelap dan kusam pada wajah.Kacang merah juga dikatakan baik untuk kesihatan ginjal atau buah pinggang.Menggunakan sumber alam semulajadi yang bebas kimia adalah yang terbaik.Boleh cuba selepas ini,skrub kacang merah ;p



Renungan Untuk Pembaca Blog Yang Dihormati ;p

Comments

Post a Comment

Popular Posts