Senyum...senyum...senyum sokmo ;p






Apabila kita melihat seseorang yang tersenyum kepada kita,apakah yang bermain di fikiran kita ketika itu?Bagaimana pula perasaan kita ketika melihat seseorang yang masam mencuka tanpa senyuman terukir di bibir?Sudah tentu kita berasa seronok dan senang hati dengan senyuman yang dilemparkan berbanding memandang muka yang masam mencuka seperti jeruk asam itu.Khabarnya,senyum atau ketawa menjadikan kita awet muda.Contohnya,apabila bertemu dengan sahabat handai atau berselisih dengan cikgu disiplin,silalah lemparkan senyuman yang asli.Jadi,senyum-senyumlah selalu ya,apabila bertemu dengan sesiapa sahaja asalkan tidak mendatangkan fitnah dan prasangka.Tapi awas,jangan senyum sembarangan ya,nanti dilabel K.O pula ;p







Senyum semanis kurma atau senyum semanis gula...Gula banyak-banyak pun bahaya juga kerana boleh mengundang bahana penyakit seperti kencing manis(diabetis),obesiti,penyakit pergigian dan lain-lain lagi yang bakal memendekkan umur kita.Orang kata,"Tambahkan manis dalam senyuman,kurangkan gula dalam minuman".Tapi saya nak tambah,bukan sahaja kurangkan gula dalam penyediaan minuman tetapi kurangkan juga gula dalam penyediaan makanan harian.Jadi selepas ini,kena kurangkan penyediaan makanan yang mengandungi banyak gula seperti donut yang berwarna-warni dan dipenuhi gula ini,segala jenis bubur yang manis-manis,kuih-muih yang manis-manis dan kek cawan yang comel dengan gula ising berwarna merah,hijau,kuning...yang macam lampu traffic light itu ;p



Walaupun kek cawan ini sangat comel dan menarik dengan warna-warna pelangi,yang seolah-olah tersenyum memanggil kita untuk menikmatinya,cuba fikirkan kesannya kepada kesihatan sekiranya kita tidak mengawal kekerapan memakannya.Bayangkan pula,bila kita tersenyum dan gigi pula rosak ?Tambahan pula,jika kita dari jenis yang liat melakukan senaman...

KLIK kat sini ya adik dan abang manis ;p










Senyuman menawan seorang tokoh negarawan yang disegani,Tun Dr Mahathir Mohammad;idolaku....

Senyuman yang tulus ikhlas dari hati  seorang perawat;Cik Aliffah Aziz kepada pesakit,mampu menyembuhkan pesakit ,In Shaa Allah ;p







Comments

Popular Posts