Resepi Istimewa Pandai Memasak ;p





Sangat sukakan?Meriah sangat tajuk 'akhbar' ni...terima kasih daun keladi ya.Susah sangat ke memasak ni sayang?Sebagai seorang perempuan,tidak sempurna kalau tidak pandai memasak,ingatan ini termasuk untuk yang menulis juga ya cik Hanania Hanin'.Kalau sudah bertujuh,berlapan atau bersembilan?Sangat tidak praktikal untuk menjamu selera di luar.Selain faktor kewangan,lain-lain faktor perlu diambilkira seperti faktor keberkatan,kebersihan dan kesihatan.Rasanya dulu pernah juga menulis isu ini.Sila-sila kan mengklik kat sini ya sayang ;p 


Sebenarnya tak susah mana pun sekarang kalau nak belajar memasak (jangan takbur ya cik Hanania,astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah),mulakan dari yang 'senang-lenang' dahulu.Contohnya mulakan dahulu belajar memasak makanan yang bergoreng.Menu kita ialah:telur ayam mata kerbau goreng,ikan goreng,tempe campur tauhu dan ikan bilis goreng,kacang buncis goreng campur kicap.Wah,boleh meningkatkan kolesterol cik Hanania.Apabila kita menggoreng,selain kuantiti minyak yang kita gunakan,pastikan juga jenis minyak yang kita gunakan mampu mengurangkan risiko kepada kolesterol seperti minyak zaitun,minyak jagung...elakkan dari menggunakan minyak cap ayam ya...Betul ke minyak masak boleh meningkatkan kolesterol???Cer klik ;p


Bila kita telah mahir memasak makanan ala goreng-menggoreng dengan jayanya,cuba pula resepi ala-ala stim dan kukus.Brokoli kukus,sayur kukus,Ikan siakap masak tiga rasa,Ikan siakap masak stim halia atau limau,ayam kukus,ikan kukus,lala masak stim...(ada ke cik Hanania?)Kalau tak tahu resepi,jangan risau.Sila 'gooooogle' resepi apa yang kita inginkan atau kawan-kawan facebook mahupun blogger masakan.Ha,resepi ini saya dapatkan dari blog kak Mina Min yang selalu saya lawat untuk jenguk resepi.Terima kasih kak Mina Min;p Resepi siakap stim limau,klik ya kat sini ;pSenangkan sayang?Bayangkan apakah perasaan bakal ibu dan bapa mertua kita apabila kita hidangkan seekor ikan siakap masak stim di hadapan mereka?Pasti mereka akan tersenyum sampai ke telinga ;p



Ikan Masak Stim Carian Google

Kalau hendak masak kari ikan,atau kari ayam dan daging,saya syorkan,resepinya di belakang pembungkus kari tersebut ya.Senangkan?Memang...memang itu pun yang selalu cik Hanania lakukan.Shhhh...Cuma,apabila kita hendak menyedapkan kari,pastikan rempah dibiarkan sehingga pecah minyak sebelum dimasukkan santan.Cubalah kalau tak percaya,sambil itu...jangan lupa berzikir atau berselawat.Menambahkan kesedapan kari kepala ikan ;p


.

Jenama kesayangan yang selalu Cik Hanania gunakan untuk kari.Serbuk Kari Cap O,Terbukti sedap dan menyelerakan.Terangkat...


Masakan yang paling senang lagi berkhasiat adalah masakan sup atau tomyam.Renehkan sahaja ayam atau daging ke dalam air bersama pes mengikut kesukaan samaada perisa sup atau tomyam.Jangan lupa apabila kita hendak menyediakan sup atau tomyam,pastikan diperkayakan dengan sayur-sayuran dan ubi-ubian supaya nampak berwarna-warni dan menarik untuk dinikmati.Kanak-kanak paling suka menghirup sup.


Selamat Belajar Memasak,Semoga Sedap Selalu  ;p

Comments

Popular Posts