La Tahzan ( Jangan Bersedih )




" Ya Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat."


Apakah yang membuatkan kita sentiasa bersedih hati ketika ujian dunia yang sementara ini sesekali memukul hati dan perasaan kita? Persoalan pertama yang harus ditanya pada hati ialah; kenapa dan mengapa mesti bersedih ketika menghadapi sesuatu musibah? Jika kita yakin dengan sepenuh hati dan perasaan apa yang telah Allah SWT sebutkan di dalam Surah Al Baqarah ayat 286; yang bermaksud," Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 


Bukankah kita telah terpilih dalam menghadapi ujian tersebut? Allah telah memilih hamba-hambaNYA yang mampu dalam menghadapinya. Allah SWT Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah Maha Mengetahui diatas segala sesuatu yang tersurat dan tersirat. Maka, bersyukurlah kita sebagai hamba-hambaNYA saat diuji. Bersyukur saat diuji, indah bukan? Bersyukurlah kepada Allah SWT dan hadapilah dengan kesabaran dan doa. Islam yang indah mengajar kita untuk optimistik dan berfikiran positif dalam menghadapi apa-apa jua bentuk ujian, cabaran dan dugaan di dunia ini. Ada banyak surah-surah di dalam Al Quran sebagai motivasi diri dan di antaranya; Surah Ali Imran ayat 186; yang bermaksud, " Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. " Subhanallah.Alhamdulillah. Allahhu akbar.


Sentiasalah bersangka baik dan yakinlah dengan sepenuh hati dan perasaan bahawa hidup ini adalah suatu proses ujian. Kita tidak boleh lari daripada ujian. Redhalah hati pada ujian yang datang dan jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah, supaya kita mencapai tingkatan ketenangan dan kebahagiaan. Di dalam Surah Yusuf ayat 87; yang bermaksud, "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. 

Jom klik kat sini ;p







Semoga hati dan perasaan kita sentiasa beroleh ketenangan dan kebahagiaan. "Hidup ini sebenarnya bergantung kepada cara kita memandangnyaBagaimana cara kita untuk beradaptasi dengan segala ujian, cabaran dan dugaan tersebut. Jika kita pilih positif, maka positiflah jadinya. Jika kita pilih negatif, maka negatiflah jadinya. Ingatlah di dalam hati, Surah Al Mulk ayat 2; yang bermaksud, " Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. "



Orang Islam yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada yang lemah : Muslim



Comments

Popular Posts