Kata-kata Pujian Merangsang Potensi Diri



Saya cantik,saya comel,saya bijak,saya baik.......



Suatu pagi yang membosankan ketika bercuti di Bagan Serai,seperti kebiasaannya, ketika begitu asyik menyelongkar laci-laci yang dipenuhi khazanah seperti buku-buku edisi lama dan sudah kekuning-kuningan warna muka suratnya,majalah lama yang telah 'dikokak' dek lipas dan entah apa-apa barangan lain yang tidak diketahui asal-usulnya;dengan tidak semena-mena terjumpa dengan satu artikel yang digunting kemas tentang 'Kata-kata Pujian Merangsang Potensi Diri'.Aku pun membelek-belek dengan penuh minat kata-kata motivator terkenal tanahair yang tidak asing lagi dan tidak lain tidak bukan ialah pemegang ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University,Florida Amerika Syarikat ini iaitu Dr Azizan.


Menurut Dr Azizan,setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahannya namun dengan mengenali potensi diri, kita mampu menggapai kejayaan yang diingini.Beliau menggalakkan pasangan suami dan isteri serta anak-anak mencuba kaedah berikut;setiap pasangan suami dan isteri masing-masing tuliskan kenyataan yang positif dan menyeronokkan.Contohnya,seorang suami akan tuliskan : Saya kacak,saya bahagia,saya hebat dan sebagainya.Begitulah juga dengan seorang isteri,cuba tuliskan kenyataan yang positif dan menyeronokkan seperti : Saya cantik,saya baik,saya kaya dan sebagainya.Kemudian tukar-tukar kenyataan tersebut di antara suami dan isteri.Minta suami baring dan usap kepala dan isteri bacakan kenyataan yang ditulis oleh suami dan begitulah sebaliknya,minta pula isteri baring dan suami lakukan perkara yang sama.Sebaiknya,buat sebelum tidur selama 21 hari.


Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang disebut 'serotonin';Bilamana kata-kata gembira dilafazkan,serotonin akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataan bagi disimpan di dalam minda sementara jika kita tidak gembira,minda akan mengeluarkan 'ceretin';dan apabila keluar sahaja 'ceretin negatif';dia akan menarik situasi negatif juga contohnya,bangun pagi terlambat,kelam kabut,pergi pula seterika baju,baju pun berlubang,lambat pergi kerja.Frekuensi alpha minda kita sudah negatif dan menarik lebih banyak perkara dan perbuatan yang negatif.Sebab itu kita disarankan untuk lebih bertenang dan berselawat untuk lebih rileks.


Kenapa 21 hari?Menurut Dr Azizan,21 hari dipilih kerana  kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari.Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan.Sekiranya dilakukan selalu,In Shaa Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan hubungan di antara suami dan isteri lebih rapat,kurang bergaduh dan lebih memahami.Hal ini juga boleh dipraktikkan kepada anak-anak yang sukar untuk mendengar kata dan lakukan semasa anak itu hendak tidur sambil mengusap kepalanya dan lafazkan kata-kata yang positif seperti anak ibu yang baik,dengar kata ibu dan lain-lain perkataan yang positif sahaja selama 21 hari.Elakkan daripada melafazkan perkataan-perkataan atau kenyataan-kenyataan yang negatif.Mengapa waktu tidur dipilih kerana masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum.


Selamat mencuba dan selamat berjaya !!!

Comments

Popular Posts