Pusat Transformasi Bandar ( UTC )



Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan inisiatif di bawah Strategi Laut Biru Negara (Blue Ocean Strategy) yang  menempatkan 10 kluster perkhidmatan merangkumi;perkhidmatan kerajaan,kesihatan,perbankan dan kewangan,pendidikan, latihan dan pekerjaan,utiliti contohnya [TM Point,TNB,Indah Water dan Pos Malaysia ],keselamatan,kebajikan,pembangunan usahawan dan ruang niaga,pembangunan belia dan perkhidmatan badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan meningkatkan capaian rakyat di kawasan bandar kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta.Ia juga lebih dikenali sebagai pusat sehenti bagi semua perkhidmatan awam dan swasta dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi masyarakat.Komuniti boleh berurusan dengan jabatan kerajaan dan swasta dalam satu bumbung.Menjimatkan masa dan mudah bukan?Di Ipoh,Perak,UTC telah memulakan operasinya di bangunan yang dahulunya merupakan sebuah Pasar Raya yang dikenali sebagai 'Super Kinta'.Dibuka bermula 8.30 pagi sehingga jam 10.00 malam.

Jom kita terjah.........











Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditubuhkan di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan menggunapakai bangunan kerajaan sedia ada yang tidak digunakan sepenuhnya lagi atau menyewa daripada pihak swasta.Bagi penganggur yang mahu  mendaftar permohonan pekerjaan,juga tersedia Jobs Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja di sini.Jika hendak membuat sebarang laporan jenayah juga tersedia kios PDRM.Para mahasiswa dan mahasiswi,sekiranya hendak melangsaikan hutang PTPTN,di sini ada tersedia perkhidmatan ini.Mudahnya.... ;p




Bagi sesiapa yang membawa anak-anak,pastikan tidak terlepas pandang terhadap keselamatan anak anda ,pegang tangan anak anda erat-erat,jangan sampai terlepas ya,cik kak,cik abe...kalau terlepas...jenuh nak tawaf satu bangunan besar ni ;p

Terdapat juga kemudahan lain disediakan seperti surau,perpustakaan awam dan tandas.



Sebelah-menyebelah.Di kanan anda klinik kesihatan dan di kiri anda klinik gigi,sila pilih yang mana satu berkenan di hati.Sebelum itu,jangan lupa untuk mendaftarkan diri anda ya ;p



Ruang menunggu yang santai sambil menunggu giliran anda untuk dilayan dengan mesra .Sesuai dengan konsep 'Kami sedia membantu'.



Cantikkan pintu klinik gigi ni?Boleh intai-mengintai lagi...



Autoclave baru ;p



Kemas dan bersih ;p



















Pemandangan dari dalam




: D



Petugas Berdedikasi ;p



Haaa...depa ni orang kuat UTC merangkap model tak berbayar.Comel-comel belaka ;p



Semangat Kerja Berpasukan ;p



Depa ni 'tukang repair' dental chair...Ala-ala 'power rangers' gitu,terima kasih daun keladi ;p



Siap sudah,bersedia untuk menerima pesakit :)




Para penyambut tamu ;p



Semangat Wonder Pet..."Apa yang penting,KERJASAMA....."




Berkhidmat demi negara !



Selamat Tinggal UTC,Nanti datang lagi ya ,bye bye ;p

Comments

Popular Posts