Air Oh Air.......







Bagi sesiapa yang sedang berdiet,air adalah elemen penahan nafsu makan secara semulajadi.Sekiranya berlaku kekurangan air di dalam tubuh badan,ia berpotensi untuk mempengaruhi pola pengambilan makanan seharian secara berlebihan.Bagaimana ini berlaku?Ini berlaku kerana otak kita tidak dapat membezakan diantara “lapar” dan “dahaga”.(Mungkin pada saat itu,kita terbayangkan ayam golek,kek ‘chocolate moist’,pudding jagung,sate Kajang,soto daging,mee goreng udang special,pavlova,muffin keju dan lain-lain makanan yang membuatkan air liur kita meleleh-leleh.)Apabila kita berfikir kita berasa lapar,berkemungkinan tubuh badan kita sebenarnya hanya memerlukan air,maka adalah digalakkan untuk kita mengambil air kosong segelas besar sebelum menjamah sebarang makanan kerana tubuh badan mungkin memerlukan air dan bukannya makanan sepertimana yang kita fikirkan.Oleh itu,apabila berfikir tentang keenakan sesuatu makanan,terlebih dahulu minumlah segelas air kosong supaya ia berupaya menyekat selera makan kita yang ala-ala tak makan sepuluh hari itu.Allahhuakbar…



Tubuh badan kita sebenarnya memerlukan diantara 55-75% air dan ia merupakan elemen kedua terpenting diperlukan tubuh selepas oksigen.Bagaimana organ-organ didalam tubuh badan mahu berfungsi dengan baik sekiranya di dalam tubuh badan kita kandungan air tidak mencukupi dan berkurangan?Contohnya,sistem buah pinggang.Seperti yang kita semua sedia maklum,buah pinggang berfungsi sebagai penapis bahan-bahan buangan dari darah.Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari.Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya,tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.Amalkanlah pengambilan air kosong seperti yang disyorkan iaitu sekurang-kurangnya 1-2 liter setiap hari.Bagi pelajar sekolah,galakkanlah mereka untuk membawa sebotol air kosong ke sekolah agar mereka tidak berasa mengantuk di dalam kelas akibat kekurangan air di dalam tubuh badan dan supaya mereka dapat meningkatkan konsentrasi sewaktu proses pembelajaran!Elakkan daripada meminum minuman di dalam tin atau tinggi kandungan gula seperti yang tertera pada label-label minuman tersebut.



Mungkin kita tidak sedar,air boleh hilang dari tubuh badan melalui aktiviti seperti pernafasan,perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing)tubuh sebanyak 1.7 liter setiap hari,di dalam cuaca yang panas,ketika cuaca sejuk yang mana lembapan tambahan hilang melalui pernafasan,setiap kali bersenam pula kita perlu menggantikan sebanyak 1-3 gelas air kosong tambahan,sistem haba berpusat pula memberi kesan kekeringan,jadi kita perlukan banyak air atau kurangkan suhu.Nabi SAW mengajarkan kepada kita adab minum iaitu seteguk demi seteguk supaya air masuk ke dalam perut secara bertahap.Melalui amalan ini,penyerapan air menjadi lebih baik.Tabiat ini juga lebih menyihatkan,lebih cepat menghilangkan dahaga dan lebih menyegarkan.Di dalam buku Ath-thiib an-Nabawi,As-Sayuthi berkata,air sejuk berbahaya bagi pencernaan.Elakkan meminum air sejuk kerana air sejuk mengganggu fungsi enzim-enzim pencernaan.Ini akan melambatkan proses pencernaan.Air sejuk juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanan bersifat panas,makanan yang bersuhu panas,makanan manis dan sesudah mandi air panas.




Rujukan;
-Utusan Malaysia 10 Februari 2009
-Buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah 

Comments

Popular Posts